i) BENGKEL E-KERAJAAN ( ISI BORANG DARJAH 1 LAMAN WEB MOE)
Tarikh : 01 April 2021
Masa : 10.30 Pagi– 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Malaysia
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pengguna untuk membuat permohonan MOE darjah 1 bagi tahun 2022 dan 2023 dengan mendidik ibu bapa supaya tahu untuk mengisi borang keperluan persekolahan anak-anak mereka memandangkan semua permohonan perlu dibuat secara atas talian.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web MOE. Setelah petugas memastikan pengguna memahami cara untuk mengisi borang tersebut dan membawa dokumen berkaitan sebelum mengisi borang tersebut seperti buku vaksin dan surat beranak serta kad pengenalan anak mereka, pemohon juga dipastikan menghantar borang yang telah diisi rapi sebelum mencetaknya. Pengunjung juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Laman E-Prasekolah.
-
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada Ibu bapa kerana kini boleh mempelajari cara untuk mengisi borang secara atas talian dengan mudah.
Ibu bapa juga didedahkan dengan kepentingan penggunaan komputer dan internet di dalam kehidupan seharian mereka selain menjadikan ibu bapa yang celik IT dan mahir di dalam bidang IT.
ii) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (LATIHAN AM PERMATA PINTAR OLEH UKM)
Tarikh : 02 April 2021
Masa : 2.30 Petang – 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Malaysia
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah berkenaan ujian IQ yang telah dibuat oleh UKM dengan petugas memberi tips kepada pelajar bagaimana cara untuk menjawab IQ test tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web UKM Permata Pintar dengan pelajar menggunakan pelayar internet untuk membuka laman web UKM Permata Pintar. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar mempunyai maklumat lengkap untuk diisi sebelum menjawab soalan tersebut, pelajar mempunyai akaun emel serta pelajar menyiapkan kesemua soalan tersebut. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana ia boleh mengetahui kadar atau jumlah IQ yang diperoleh daripada ujian tersebut serta pelajar juga dapat mengetahui beberapa jenis laman web IQ yang ada di dalam internet
iii) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (KUIZ KAHOOT SAINS SEK MENENGAH)
Tarikh : 02 April 2021
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Malaysia
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mendidik pelajar akan pengetahuan umum sains sekolah menengah dengan petugas mengajar bagaimana untuk menjawab kuiz menerusi laman web yang efektif dan menarik.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web kahoot dan portal sebenarnya.my. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang cara menyertai kuiz tersebut, petugas akan memastikan pelajar mengetahui mengenai topik kuiz yang akan dijalankan dan setiap pelajar dapat memasuki ke dalam permainan kuiz tersebut (Kahoot It).
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana setiap kelas yang diadakan untuk pelajar adalah berlainan maka pelajar mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta melahirkan pelajar sekolah yang aktif dan celik IT.
iv) BENGKEL E-KERAJAAN ( PENGISIAN CUKAI PENDAPATAN DI LAMAN WEB LHDN)
Tarikh : 08 April 2021
Masa : 10.30 Pagi– 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Malaysia
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna cara untuk mengisi makluman pendapatan di dalam sistem tersebut dengan petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk daftar masuk akaun laman web tersebut dengan memastikan pengguna dapat mengisi setiap keperluan yang dikehendaki oleh LHDN.
AKTIVITI
-
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman LHDN dan cara-cara untuk mengisi borang cukai pendapatan secara online. Selain itu, petugas juga memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log masuk ke dalam laman web tersebut dengan memastikan pengguna membawa segala maklumat yang dikendaki oleh LHDN sebelum mengisi borang tersebut dan pengguna memahami cara pengisian borang tersebut dengan meneliti panduan sedia ada.
-
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif serta pengguna boleh menggunakan internet dan sekali gus mempelajari dan bertanya kepada petugas jika mereka memerlukan panduan selain dapat melahirkan pengguna yang celik IT.
v) BENGKEL PEMBELAJARAN ( BINA BROCHURES / FLYERS TUGASAN SEKOLAH )
Tarikh : 10 April 2021
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Malaysia
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar bagaimana untuk membuat brochure dan flyers dengan menggunakan Microsoft Publisher dengan petugas memberi tips dan cara penggunaan tool yang tepat di dalam Microsoft Publisher tersebut.
AKTIVITI
-
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas mengajarkan pelajar cara membuat design flyers/brochure. Setelah itu, petugas memastikan pelajar memahami cara untuk memilih template brochure/flyers di dalam Publisher serta pelajar mempunyai maklumat yang ingin dicopy ke dalam flyers/brochure masing-masing. Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari cara untuk edit dan design sendiri flyers mengikut cita rasa masing-masing.Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu carian info di dalam laman web yang dipercayai.
-
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta pelajar dapat mengetahui beberapa bentuk design dan template yang bersesuaian dengan flyers atau brochure masing-masing.