i) BENGKEL E-KERAJAAN (PANDUAN UNTUK MENYEMAK PENJADUALAN SEMULA PEPERIKSAAN SPM DI LAMAN WEB MOE)
Tarikh : 1 April 2022
Masa : 3.00 Petang – 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna untuk membuat menyemak semula jadual untuk pelajar SPM yang mengambil semula peperiksaan SPM di laman web pendidikan iaitu MOE.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang cara untuk pembukaan laman web Public MOE tersebut.Setelah memberi penerangan ringkas tentang lama web itu, petugas akan memastikan pengguna memahami cara mencari maklumat jadual tersebut dan pengguna juga dapat mengenal pasti subjek dan tarikh peperiksaan yang perlu diduduki.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat melahirkan pengguna yang celik IT dan peka akan perkembangan semasa yang memerlukan internet sebagai pemberi maklumat utama.
Tarikh : 6 April 2022
Masa : 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna untuk membuat pemindahan tunai secara online di laman web Maybank 2u serta cara untuk menaikkan limit transfer di dalam Maybank 2u.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang laman web Maybank 2u.Setelah itu, petugas mengajar pengguna untuk daftar masuk ke dalam Maybank 2u serta daftar keluar setelah menggunakan perbankan atas talian.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat melahirkan pengguna yang celik IT dan peka akan perkembangan semasa yang memerlukan internet sebagai pemberi maklumat utama.
iii) BENGKEL E- KERAJAAN (PANDUAN MENGISI PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL)
Tarikh : 12 April 2022
Masa : 2.30 Petang – 3.30 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar sekolah menengah untuk mencari seberapa banyak peluang untuk menyambung pelajaran selepas peperiksaan mereka dan salah satunya adalah memberi panduan kepada pelajar untuk mendaftar ke dalam sistem kolej vokasional.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang cara untuk pembukaan laman web Public MOE tersebut.Setelah memberi penerangan ringkas tentang lama web itu, petugas akan memastikan pelajar memahami cara mencari maklumat mengenai kekosongan di dalam web dan pelajar dapat mengenal pasti tempat/penempatan semasa memohon institusi tersebut.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat melahirkan pelajar yang celik IT dan peka akan perkembangan semasa yang memerlukan internet sebagai pemberi maklumat utama.
iv) BENGKEL PEMBELAJARAN (MICROSOFT OFFICE WORD – INSERT PICTURE)
Tarikh : 13 April 2022
Masa : 3.00 Petang – 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membimbing pelajar sekolah yang ingin membuat tugasan sekolah dengan menggunakan Microsoft Office di PEDi. Selain itu, petugas juga memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah yang ingin insert gambar ke dalam tugasan dengan betul.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar menyiapkan kerja tugasan mereka dengan menggunakan Microsoft Office Word. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar mempunyai gambar yang ingin diletak di dalam tugasan sekolah serta pelajar mengetahui untuk memuat turun gambar dari laman web untuk diletakkan ke dalam tugasan sekolah tersebut.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberikan kemudahan kepada pelajar sekolah untuk menyiapkan tugasan sekolah serta dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
v) BENGKEL KEMAHIRAN USAHAWAN – MEMUAT TURUN PENYATA SHOPEE DAN TRANSAKSI DALAM SHOPEE)
Tarikh : 14 April 2022
Masa : 09.00 Pagi – 10.30 Pagi
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada peniaga/usahawan untuk membuka seller centre menggunakan PC. Selain itu, petugas juga memberi panduan kepada usahawan/peniaga online untuk memuat turun penyata /transaksi jual beli di dalam laman web Shopee.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Seller centre Shopee serta cara log in sistem. Setelah itu, petugas memastikan usahawan/peniaga log in ke dalam Shopee dahulu sebelum membuka seller centre serta mengajar memuat turun sebarang transaksi jual beli mahupun penyata kewangan yang ada di seller centre. Petugas juga akan memastikan usahawan/peniaga membuat kemas kini dengan di laman profil masing-masing
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada usahawan/peniaga online kerana setiap kelas yang diadakan untuk pengguna adalah berlainan maka pengguna mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.
vi) PANDUAN MENUKAR ID MYSEJAHTERA DI APPS MOBILE MYSEJAHTERA
Tarikh : 17 April 2022
Masa : 10.00 Pagi – 11.00 Pagi
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna untuk menukar ID MySejahtera di mobile apps dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang cara mengemas kini ID yang baru.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang penukaran ID Mysejahtera. Setelah itu, petugas memberikan penerangan ringkas tentang MySejahtera dan memastikan pengguna masih menggunakan no telefon lama untuk pengesahan kod tac bagi menukar ID baru setelah log out dari telefon yang lama.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat melahirkan pengguna yang celik IT dan memudahkan penggunaan Mysejahtera kelak.
vii) BENGKEL UNTUK DEWASA (TRAINING ONLINE MENGGUNAKAN ZOOM MEETING)
Tarikh : 21 April 2022
Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk pengguna mengunakan PC untuk menghadiri training/latihan secara maya melalui aplikasi zoom meeting.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang cara untuk log in di aplikasi Zoom. Setelah itu, petugas mengajar pengguna untuk menukar layout latar belakang mengikut kesesuaian pengguna.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memudahkan para pengguna yang tiada kemudahan laptop/PC untuk menghadiri training selain PEDi mempunyai ruangan yang luas dan kemudahan yang mencukupi untuk para pengguna.