mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2024

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ESPORT (KESEDARAN)

Tarikh         : 20 April 2025

Lokasi        : NADI Kg Sungai Masin

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Peserta      : 5 orang

  • Tujuan kesedaran Esport NADI adalah untuk mendidik dan membuka minda pelajar tentang potensi positif esport sebagai bidang kerjaya, pembangunan sahsiah, dan medium pembelajaran era digital.
  • Menarik minat pelajar untuk mengikuti perkembangan semasa e-sukan.
  • Melatih mereka untuk bermain secara lebih bertetika dan mengikuti peraturan semasa perlawanan berlangsung

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memastikan peserta sudah menjadi ahli semasa pendaftaran dibuat.Peserta disediakan makanan (sarapan pagi) sebelum memulakan pertandingan sementara memastikan semua peserta hadir. Memastikan mereka yang berdaftar di dalam sistem LMS untuk menyempurnakan sijil/kelas kesedaran di dalam dalam sistem tersebut. Sesi penyampaian sijil diberikan setelah tamat seminar dan makanan petang diberikan kepada setiap peserta.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI menyertai pelbagai aktiviti menarik dengan membuat aktiviti yang berfaedah dan interaktif. Selain itu, program kesedaran e-sport di NADI memberi pendedahan kepada industri digital, mengasah kemahiran insaniah, dan membentuk sahsiah pelajar melalui aktiviti positif dan berstruktur. Pelajar sekolah juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.