mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – DISEMBER 2018

i) Aktiviti Cuti Sekolah Word Search (Peralatan Komputer dan Software)

Tarikh         : 2 Disember 2018

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 10 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengisi masa peluang pelajar sekolah yang sedang bercuti dengan aktiviti yang berfaaedah dan menyeronokkan.

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti seperti ini, pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Aktiviti ini di mulakan dengan pelajar mencari bahan maklumat mengenai peralatan hardware dan software komputer di internet dan selepas itu diadakan kuiz secara individu serta kumpulan. Pemenang dihadiahkan dengan cenderahati lebihan dashbaord.

Lihat Gambar Di Sini

 

ii) Jualan Manik oleh Usahawan Tempatan PI dan Kelas MyShop

Tarikh         : 5 Disember 2018

Masa          : 2.30 Petang –  4.30 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 5 orang 

TUJUAN

Memberi peluang kepada Usahawan PI memperkenalkan produk mereka kepada penduduk tempatan terutama kaum ibu. Usahawan juga boleh berkongsi pengalaman menjual produk-produk mereka dengan usahawan lain.

AKTIVITI

Dengan adanya peluang melakukan jualan produk di PI, para usahawan dapat berkongsi pengalaman dan merapatkan hubungan antara satu sama lain dengan komuniti. Mereka juga dapat mempelajari bagaimana untuk memuat naik produk jualan mereka di laman MyShop.

Lihat Gambar Di Sini

 

iii) Kelas Mengisi Borang Zakat Dan Sekolah Asrama Secara Online – Dewasa dan Remaja

Tarikh         : 13 & 18 Disember 2018

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para kaum ibu teruatamanya cara untuk mengisi borang secara online. Zakat Selangor telah membuka permohonan zakat sekolah dan IPT. Maka golongan ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk merebut peluang ini.

AKTIVITI

Pemohon diberikan penerangan untuk mengisi maklumat permohonan dengan betul dan tepat serta membimbing pemohon dengan mengisi maklumat di ruangan yang disediakan dengan betul. Pemohon juga perlu memuat turun borang terlebih dahulu sebelum mengisi borang. Setelah petugas memberi keterangan cara – cara mengisi, pemohon boleh tahu mengenai cara isi borang dengan betul dan ini dapat menyesuaikan diri mereka untuk tidak bergantung kepada petugas PI untuk isi borang bagi pihak mereka. Selain itu, kaum ibu terutamanya boleh mempelajari sedikit sebanyak tentang asas internet.

 Lihat Gambar Di Sini

 

iv) Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet 2018

Tarikh         : 14 Disember 2018

Masa          : 7.30 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin dan Dewan Balairaya Kg Sg.Masin

Peserta      : 120 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi ukhuwah diantara penduduk setempat dan memberi peluang kepada penduduk untuk memeriksa tahap kesihatan mereka secara percuma sambal meyertai pelbagi aktiviti – aktiviti menarik.

AKTIVITI

Dengan adanya program sebegini, PI dapat mengukuhkan peranannya untuk berbakti kepad komuniti dan juga bukan sajaha komuniti setempat sahaja, bahkan komuniti luar PI seperti di Kampung –kampung yang lain juga. Program ini juga memberi peluang kepada penduduk untuk membuat saringan kesihatan asas tanpa perlu bersusah payah ke klinik sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik. Senarai aktiviti – aktiviti yang di jalankan serta gambar – gambar semasa berlangsungnya program boleh di rujuk di Galeri Foto.