mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – DISEMBER 2022

i) BENGKEL PEMBELAJARAN ( MICROSOFT OFFICE WORD -PENULISAN PROPOSAL PROJEK)

Tarikh         : 1 Disember 2022

Masa          : 10.00 Pagi– 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna untuk merangka proposal projek. Petugas juga mengajar pengguna cara untuk membuat jadual untuk format kewangan ringkas seperti perbelanjaan /budget

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Word. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang Microsoft Office Word, petugas akan memastikan pengguna mempunyai rangka proposal yag sudah siap ditulis sebelum ditaip di dalam komputer dan pengguna menyimpan dokumen yang telah siap ditaip kedalam cloud atau pendrive masing-masing.

    Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT serta memudahkan pengguna untuk membuat kerja-kerja harian yang menggunakan komputer dan sebagainya. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Klik Gambar Di Sini

ii) BENGKEL E- KERAJAAN (PANDUAN MENGEMAS KINI DATA AKTIVITI DI DALAM LAMAN WEB KERAJAAN)

Tarikh         : 2 Disember 2022

Masa          : 10.00 Pagi– 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para penjawat awam akan bagaimana untuk daftar masuk ke dalam sistem HRMIS. Petugas juga memberikan penerangan ringkas tentang cara mengemas kini data aktiviti tahunan bagi tahun 2022.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang tentang sistem HRMIS dan cara untuk log in sistem. Setelah memberikan penerangan ringkas tentang system HRMIS, petugas akan memastikan setiap para penjawat awam dapat dapat menaip setiap data aktiviti di dalam ruangan yang disediakan serta menghantar atau menyimpan data yang telah diisi ke dalam sistem tersebut. Para penjawat awam juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

    Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada para penjawat awam kerana setiap kelas yang diadakan adalah berlainan maka mereka mendapat input yang lebih komprehensif dengan konsep pengajaran yang mudah difahami. Selain itu. ia dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT dan memastikan para penjawat awammembuat kemas kini dengan di laman profil masing-masing.

Klik Gambar Di Sini

iii) BENGKEL ASAS MEDIA BARU – WEB WHATSAPP (MUAT NAIK TURUN DOKUMEN)

Tarikh         : 5 Disember 2022

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar akan penggunaan Whatsapp QR code. Petugas mengajar pelajar cara untuk link Whatsapp mereka dengan PC atau device yang lain untuk kegunaan Whatsapp web dan mengajar mereka untuk generate code QR dari Whatsapp. Petugas  juga mengajar mereka untuk muat naik dokumen ke dalam web Whatsapp.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang tentang aplikasi Whatsapp QR code. Setelah memberikan penerangan ringkas tentang aplikasi Whatsapp QR code, petugas akan memastikan pelajar mempunyai aplikasi Whatsapp dan talian internet untuk link device mereka.

  • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat melahirkan pelajar yang celik IT dan peka akan perkembangan semasa yang memerlukan internet sebagai pemberi maklumat utama serta memudahkan pelajar untuk attach dokumen mereka dari dalam PC.

  • Klik Gambar Di Sini

    iv) BENGKEL PEMBELAJARAN ( MICROSOFT OFFICE WORD – PORTFOLIO AKHIR TAHUN )

  • Tarikh         : 14 Disember 2022

    Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

    Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

    Peserta      : 1 orang

    TUJUAN

    Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna untuk merangka portfolio kerja menggunakan Microsoft Office Word. Petugas juga mengajar pengguna cara untuk membuat jadual untuk format kewangan ringkas seperti senarai aktiviti dan gambar-gambar yang berkaitan ke dalam portfolio.

  • AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Word. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang Microsoft Office Word, petugas akan memastikan pengguna mempunyai semua data aktiviti tahunan sebelum ditaip di dalam komputer dan pengguna menyimpan dokumen yang telah siap ditaip kedalam cloud atau pendrive masing-masing.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT serta memudahkan pengguna untuk membuat kerja-kerja harian yang menggunakan komputer dan sebagainya. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

    • Klik Gambar Di Sini

    • v) BENGKEL E- KERAJAAN (PANDUAN MENGISI E-FILING LHDN)
    • Tarikh         : 16 Disember 2022

      Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

      Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

      Peserta      : 2 orang

      TUJUAN

      Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengunjung untuk mengemas kini cukai pendapatan mereka di laman web LHDN dengan petugas memberi pendedahan kepada pengunjung cara memuat turun penyata cukai pendapatan mereka / menyemak no cukai masing-masing.

      • AKTIVITI

        • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang laman web LHDN. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang laman web LHDN, petugas akan memastikan pengunjung mendaftar masuk ke dalam sistem e-filing LHDN.  Petugas juga akan memastikan pengunjung tidak lupa password yang telah didaftarkan serta memastikan pengunjung log keluar sistem setelah mengemas kini cukai pendapatan mereka. 

        • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana  pekerja lebih peka akan jumlah cukai pendapatan yang dibayar/ditolak oleh mereka serta 

          memudahkan para pekerja untuk menyemak akaun e-filing mereka. Pengunjung juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

        • Klik Gambar Di Sini