mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – DISEMBER 2023

1) ASAS ICT – PANDUAN MENGEMASKINI PROFIL PORTAL JKM

Tarikh         : 1 Disember 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada sukarelawan JKM untuk mengemaskini portal JKM. Selain itu, petugas juga menggalakaan sukarelawan untuk menggunakan komputer untuk mengemaskini maklumat masing-masing

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Laman Portal JKM .Setelah itu, petugas mengajar sukarelawan JKM untuk mengisi maklumat berdasarkan ruangan yang disediakan. Sukarelawan JKM juga dikehendaki untuk memuat naik gambar berukuran passport ke dalam laman web JKM tersebut dan menghantar semua maklumat tersebut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana pengguna mempelajari lebih banyak teknik dan trik di dalam excel bagi memudahkan kerja/tugasan mereka . Petugas juga menggalakkan pengguna untuk lebih banyak menggunakan Microsoft Excel untuk membuat jadual atau dokumen yang melibatkan pengiraan kerana lebih mudah dan sistematik. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

 

2) ASAS ICT – MICROSOFT WORD (PENULISAN SURAT PERJANJIAN SEWA)

Tarikh         : 2 Disember 2023

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk membuat surat perjanjian mengikut format formal perjanjian. Selain itu, petugas juga memberikan sedikit tips dan info tentang website menarik seperti
Scrib sebagai contoh untuk jenis-jenis surat perjanjian yang
sesuai untuk digunakan. Pengguna diajar untuk memuat naik dokumen ke dalam emel.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Word/ Scrib. Setelah itu, petugas mengajar pengguna untuk melayari beberapa laman web yang menawarkan contoh surat-surat sebagai panduan. Pengguna diajar menaip surat perjanjian berdasarkan kesesuaian perkara yang ingin disampaikan. Pengguna juga digalakkan untuk menyimpan dokumen tersebut ke dalam storan masing-masing atau cloud.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana pengguna dapat mengetahui lebih banyak laman web bermanfaat
untuk dijadikan panduan. Pengguna diajar menggunakan perkataan yang sesuai
semasa penulisan surat perjanjian dibuat. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

 

3) SOFT SKILL – RESUME EDITING FOR BEGINNER

Tarikh         : 2 Disember 2023

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama pekerja yang ingin menulis resume bersesuaian dengan kehendak pekerjaan atau majikan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma untuk edit resume mereka. Disamping itu, mereka juga diberikan panduan bagaimana untuk menulis resume berdasarkan format (ATS) untuk peringkat entry / professional atau standard resume bergantung kepada keperluan pekerjaan yang diminta.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Resumemaker. Resume.io dan Job Street Malaysia. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna tahu asas menaip terutama menggunakan Microsoft Word dan pengguna mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Petugas juga mengajar pengguna cara – cara memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal dan interaktif dan pengguna lebih tahu sedikit sebanyak cara memuat naik dokumen ke dalam Google Drive dan template yang diberi sesuai dengan keperluan beginner . Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

 

4) SOFT SKILL – RESUME EDITING & CV FROM ONLINE TEMPLATE

Tarikh         : 6 Disember 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama pekerja yang intermediate level untuk menulis resume bersesuaian dengan kehendak pekerjaan atau majikan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma seperti resumemaker dan resume built untuk membuat resume. Disamping itu, mereka juga diberikan panduan bagaimana untuk menulis resume berdasarkan format (ATS) untuk peringkat entry / professional atau standard resume bergantung kepada keperluan pekerjaan yang diminta.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Resumemaker. EnhanceCV. dan Google drive. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna tahu asas menaip terutama menggunakan Microsoft Word dan pengguna mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Petugas juga mengajar pengguna cara – cara memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal dan interaktif dan pengguna lebih tahu sedikit sebanyak cara memuat naik dokumen ke dalam Google Drive dan template yang diberi sesuai dengan keperluan beginner . Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.

 

5) E-LEARNING ( KUIZ BULI SIBER & MAKLUMAT PALSU)

Tarikh         : 9 Disember 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 5 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan aktiviti khusus online atau pembelajaran interkatif bagi mengisi masa lapang pelajar sekolah. Petugas juga memberikan pendedahan mengenai  topik-topik klik dengan bijak seperti buli siber dan maklumat palsu. Pendedahan ini harus dibuat kepada anak muda yang mudah terpengaruh dengan maklumat yang tersebar luas di dalam internet mahupun medai sosial.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Quizizz & Youtube Klik Dengan Bijak. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar yang menyertai kuiz menjalani kuiz di laman web yang disediakan. Pelajar yang berjaya menjawab kuiz dengan tepat dan pantas diberikan cenderahati.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar sekolah kerana dapat menyemarakkan semangat bersaing di dalam kalangan anak muda dan menggalakkan golongan cilik untuk menyertai pertandingan atau persaingan yang sihat. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my.

 

6) E-LEARNING – ( WORDWALL KDB PUZZLE)

Tarikh         : 10 Disember 2023

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 5 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar sekolah untuk menyelesaikan puzzle tajuk-tajuk berkaitan dengan Klik Dengan Bijak. Petugas juga memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah akan kepentingan pengetahuan umum tentang maklumat palsu dan buli siber. Secara tidak langsung, ia dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Word Search Wordwall. Setelah itu, petugas memastikan pelajar mencari perkataan berkaitan dengan Klik Dengan Bijak. Mereka yang menyelesaikan puzzle dengan pantas diberikan sedikit cenderahati.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses. Selain itu, ia juga dapat menanamkan sifat cintakan negara. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my

 

7) E-LEARNING ( KEYHERO TYPING COMPETITION)

Tarikh         : 10 Disember 2023

Masa          : 2.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 5 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan aktiviti khusus online atau pembelajaran interaktif bagi mengisi masa lapang pelajar sekolah. Petugas juga memberikan latihan kepada pelajar sekolah untuk menaip dengan pantas dan tepat. Secara tidak langsung, ia dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah dengan kuiz yang menarik .

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang KeyHero. Setelah itu, petugas memastikan pelajar yang menyertai pertandingan menaip dengan pantas diberikan 1 teks/artikel mengenai PEDi. Pelajar yang berjaya menaip teks tersebut dengan pantas dengan ketepatan yang paling tinggi, diberikan sedikit cenderahati.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menyemarakkan semangat bersaing di dalam kalangan anak muda. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan golongan cilik untuk menyertai pertandingan atau persaingan yang sihat. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my

 

8) ASAS ICT – PENGHASILAN BUKU SKRAP-WEB CANVA

Tarikh         : 12 Disember 2023

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk menggunakan laman web Canva untuk membuat kerja khusus/folio . Selain itu, petugas juga menarik minat pelajar sekolah untuk menggunakan pelbagai laman web percuma untuk kreativiti dan inovasi individu secara keseluruhannya

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Canva & Google Drive . Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna melayari web yang boleh dipercayai dan mempunyai variety template yang pelbagai tema. Pengguna diajar untuk edit tulisan dan insert pelbagai design ke dalam buku skrap. Petugas juga akan memastikan pengguna menyimpan dokumen mereka di mana-mana storan seperti Google Drive atau pendrive

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada usahawan kerana dapat memberikan pendedahan kepada usahawan kecil dan sederhana akan keperluan internet yang pantas sesuai dengan keperluan perniagaan masing-masing. Selain itu, usahawan boleh bertukar pendapat dan pengalaman masing-masing. Usahawan juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my

 

9) LATIHAN KEUSAHAWANAN – BENGKEL BERSAMA USAHAWAN DAN TM

Tarikh         : 14 Disember 2023

Masa          : 2.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan bengkel atas kerjasama oleh TM dan Rakan Digital untuk mempromosi produk yang dikeluarkan oleh TM dan juga memberi pengenalan kepada usahawan-usahawan setempat tentang tugas RD di PEDi setempat. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada usahawan untuk memperkenalkan produk-produk kepada umum.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan sesi taklimat oleh TM dengan memperkenalkan produk mereka kepada usahawan setempat. Selepas itu, RD memberi sedikit taklimat mengenai tugas dan skop RD kepada usahawan. Usahawan juga diberi peluang untuk memperkenalkan produk mereka setelah selesai sesi taklimat.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada usahawan kerana dapat memberikan pendedahan kepada usahawan kecil dan sederhana akan keperluan internet yang pantas sesuai dengan keperluan perniagaan masing-masing. Selain itu, usahawan boleh bertukar pendapat dan pengalaman masing-masing. Usahawan juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my