i) PEMBUKAAN BOOTH DAN PROMOSI PI1M KG SG.MASIN DI PROGRAM MOBILE CTC JRD BATANG KALI
Tarikh : 3 FEBRUARI 2018
Masa : 8.00 Pagi – 2.00 Petang
Lokasi : TAPAK JRD , BATANG KALI
Peserta : 100 orang
TUJUAN
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan lagi Page Menarik Di Hulu Selangor dan juga Pi1M Kg Sg.Masin dan KKB serta menarik pengunjung untuk mengenali lebih mendalam lagi tentang apa-apa yang menarik di sekitar Hulu Selangor.
AKTIVITI
Dengan adanya aktiviti seperti ini, sedikit sebanyak dapat menarik lebih ramai ahli dan pengunjung untuk datang ke Pi1M. Ini kerana populasi di Batang Kali sahaja telah mencecah seramai lebih 15,000 orang. Masih ramai penduduk di Batang Kali dan KKB belum tahu akan kewujudan Pi1M di kawasan yang berdekatan rumah mereka. Pengunjung juga dapat mengenali pelbagai agensi-agensi yang turut serta membuat pameran pada hari yang sama. Pihak Pi1M juga melakukan cabutan bertuah bagi pengunjung yang “LIKE” Facebook Menarik Di Hulu Selangor & Pi1M Kg Sg.Masin berbentuk barangan dan goodies lebihan Pi1M seperti beg , pen, buku, botol air, bekas makanan.
ii) PROGRAM KOSPEN – USAHAWAN SIHAT PRODUKTIF
Tarikh :13 FEBRUARI 2018
Masa : 8.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 27 orang
TUJUAN
Program ini dihadiri oleh 27 orang peserta. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan KOSPEN kepada usahawan-usahawan sekitar Batang Kali serta memperkenalkan Dashboard Mobile Apps kepada peserta.
AKTIVITI
Dengan adanya KOSPEN , ini dapat memudahkan para penduduk untuk meriksa kesihatan mereka tanpa pergi kek klinik di pekan berdekatan. Ini juga membantu penduduk supaya lebih peka tentang tahap kesihatan masing-masing dan juga cuba untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas Pi1M dan juga AJK Lokaliti Kospen yang berdekatan.
iii) PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI & USAHAWAN PI1M
Tarikh :13 FEBRUARI 2018
Masa : 8.00 Pagi – 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 115 orang
TUJUAN
Program ini dihadiri oleh 115 orang peserta. Ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah diantara penduduk setempat dan memberi peluang keapda usahawan untuk menimba sedikit ilmu pengetahuan dengan pelbagai aktivti usahawan semasa program dijalankan.
AKTIVITI
Dengan adanya program seperti ini, sedikit sebanyak dapat membantu para usahawan dan juga komuniti setempat untuk sama-sama memajukan lagi pernigaan kecik-kecilan mereka dengan menghadiri ke Seminar Teknik Fotografi semasa Hari Bersama tersebut. Komuniti juga dapat turut serta untuk bersama-sama memeriahkan majlis dengan pelbagai aktiviti yang meriah dan berfaedah antaranya aktiviti Zumba dan Senam Robik yang diketuai oleh Ahli Kospen kami, acara mewarna oleh pelajar tadika, diadakan taklimat mengenai Online Grooming, mengenai teknik fotografi dengan menggunakan kotak DIY Light Tent dan juga Light Tent yang ada di pasaran dan juga Sexting dimana tajuk berikut mempunyai kait rapat dengan pengunjung yang hadir. Selain aktiviti itu, kamim juga memberikan hadiah cenderahati kepada 10 peserta terawal yang memuat naik ke laman Myshop. Kami juga mengadakan aktiviti untuk pelajar sekolah iaitu peserta dikehendaki untu mendengar taklimat CYL dan Mobile e-waste sebelum boleh menyertai pertandingan kuiz yang di buat secara online mengguankan KAHOOT IT. Seramai 10 orang pelajar sekolah menyertai pertandingan ini dan hadiah cenderahati diberikan kepada pemenang dan sagu hati.
iv) AKTIVITI SEKOLAH RENDAH (KUIZ PORTAL PI1M)
Tarikh : 24 FEBRUARI 2018
Masa : 3.00 – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 7 orang
TUJUAN
Program ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang berkaitan dengan ICT. Para pelajar juga dapat mengenali portal Pi1M dan mempelajari pelbagai intipati yang ada di dalam portal Pi1M itu..
AKTIVITI
Dengan adanya aktiviti sebegini, kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai lagi permainan pendidikan berfaedah yang ada di atas talian. Ini juga menambah aktiviti sempena cuti sekolah mereka.