i) Kelas Mengisi Borang Bantuan Sara Hidup 2019
Tarikh : 3 & 11 Februari 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 11 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para kaum ibu teruatamanya cara untuk mengisi borang secara online. Permohonan Bantuan Sara Hidup telah dibuka dan keluarga yang layak mendapatkan bantuan hadir ke PI untuk membuat permohonan. Maka golongan ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk merebuat peluang ini.
AKTIVITI
Pemohon diberikan penerangan untuk mengisi maklumat permohonan dengan betul dan tepat serta membimbing pemohon dengan mengisi maklumat di ruangan yang disediakan dengan betul. Pemohon juga perlu memuat turun borang terlebih dahulu sebelum mengisi borang. Setelah petugas memberi keterangan cara – cara mengisi, pemohon boleh tahu mengenai cara isi borang dengan betul dan ini dapat menyesuaikan diri mereka untuk tidak bergantung kepada petugas PI untuk isi borang bagi pihak mereka. Selain itu, kaum ibu terutamanya boleh mempelajari sedikit sebanyak tentang asas internet.
ii) Kelas Bersama KEMAS Hulu Selangor Pembinaan Rancangan Tahunan
Tarikh : 19 Februari 2019
Masa : 10.00 Pagi –– 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 9 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para guru KEMAS akan bagaimana untuk membuat rancangan dan mengubah rancangan sedia ada di Microsoft Office Word dan Excel.
AKTIVITI
Antara aktiviti – aktiviti yang diadakan adalah merangka rancangan di Microsoft Office Word bagi guru yang yang tidak pernah membuat rancangan tersebut serta membuat sedikit olahan dari rancangan tahunan yang lama. Oleh kerana kebanyakkan Guru KEMAS adalah terdiri dari golongan dewasa dan warga emas, maka tahap penggunaan komputer bagi mereka adalah terhad maka petugas berusaha untuk membantu dan mengajar beberapa kakitangan yang kurang mahir disamping bantuan dari tenaga pengajar KEMAS.
iii) Kelas Untuk Pelajar Sekolah Word Search (Rare Fruits & Veges)& Kahoot IT (World Geography)
Tarikh : 23 Februari 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 9 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengisi masa peluang pelajar sekolah yang sedang bercuti dengan aktiviti yang berfaaedah dan menyeronokkan.
AKTIVITI
Antara pelaksanaan aktiviti utama ialah pelajar mencari bahan maklumat mengenai buah buah – buahan pelik dan sayuran di dalam Bahasa Inggeris serta pelajar perlu menghafal kedudukan negara di Map dunia. Aktiviti kuiz ini dilakukan secara individu. Antara kebaikan / kelebihan aktiviti adalah pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Pemenang dihadiahkan dengan cenderahati lebihan dashboard
Lihat Gambar Di Sini dan Lihat Gambar Di Sini
iv) Mesyuarat Khairat Kematian Kg Sg.Masin & Mukim Batang Kali
Tarikh : 24 Februari 2019
Masa : 2.30 Petang – 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : Seramai 16 orang telah hadir ke mesyuarat ini.
TUJUAN
Wakil – Wakil dari taman perumahan termasuk dari Taman Seri, Bandar Baru, Kg Sg.Masin, Taman Desa Jaya, Tmn Genting Permai, Kg Kuantan, Kg Hulu Rening dan Desa Alam Ria berkumpul bermesyuarat bagi membincangkan tentang hal tabung khairat kematian yang bakal diagihkan kepada keluarga si mati.
AKTIVITI
Dengan adanya Pusat Internet, para wakil mesyuarat khairat kematian dapat berkumpul dan membincangkan hal-hal yang terkini melibatkan isu-isu kampung masing masing serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah-masalah tersebut.