mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – FEBRUARI 2022

i) BENGKEL E-KERAJAAN ( PENDAFTARAN DAN ISI BORANG NCR JAIS SECARA ONLINE)

Tarikh         : 5 Februari 2022

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para pengunjung akan bagaimana untuk login in dan mengisi borang NCR (Borang nikah di dalam system NCR JAIS) dengan petugas memberi pendedahan kepada pengunjung cara untuk mengisi borang dengan betul bagi memudahkan pendaftran perkahwinan.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang NCR Sistem.Setelah petugas memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system, petugas akan memastikan pengunjung mencatat password masing bagi mengelakkan kekeliruan dan para pengunjung membawa segala dokumen yang diperlukan sebelum mengisi borang tersebut. Petugas juga akan memastikan internet di PI cukup laju untuk mengisi borang tersebut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengunjung kerana dengan petugas memberi pendedahan tentang wujudnya sistem NCR, maka ia amat memudahkan sistem pendaftaran nikah dan pengisi borang untuk mengemas kini maklumat tanpa berulang alik ke Pejabat Agama. Secara tidak langsung, ia melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT. Pengunjung juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Klik Gambar Di Sini

ii) PEMBUKAAN KAUNTER AIR SELANGOR DI PEDi

Tarikh         : 9 Februari 2022

Masa          : 10.00 Tengahari – 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : Seramai 2 pengguna serta 2 kakitangan Air Selangor telah datang pada hari tersebut.

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada Staf Air Selangor untuk membuka kaunter Air Selangor di PEDi tanpa pengunjung untuk ke Pejabat Air Selangor di Kuala Kubu Bharu.

AKTIVITI

Dengan adanya kaunter bergerak Air Selangor ini, penduduk yang mengalami masalah bil boleh merujuk ke kaunter bergerak Air Selangor tanpa perlu ke pejabat yang berhampiran cuma penduduk tidak boleh membayar bil mereka secara terus di kaunter bergerak. Antara pelaksanaan aktiviti utama adalah Pn Haslinda membuka kaunter Air Selangor bersama bunting dan flyers untuk diedar kepada pengguna yang datang ke PEDi. Pn Haslinda juga akan menerima sebarang pertanyaan dan aduan dari pengguna samada berkenaan dengan bil dan meter persendirian/premis.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengunjung kerana yang datang tidak perlu hadir ke Pejabat Air Selangor, bahkan pihak Air Selangor hadir ke setiap PEDi di Hulu Selangor untuk pembukaan kaunter selain dapat memperbanyakkan aktiviti luar di PEDi. Pengunjung juga diberikan aktiviti sokongan iaitu promosi PEDi.

 Klik Gambar Di Sini

iii) BENGKEL E-KERAJAAN (MUAT TURUN SLIP GAJI DARI WEB HRMIS)

Tarikh         : 9 Februari 2022

Masa          : 12.00 Tengahari – 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para penjawat awam akan bagaimana untuk daftar masuk ke dalam sistem HRMIS dengan petugas
memberi penerangan ringkas tentang cara mengemas kini profil dan cara muat turun slip gaji penjawat bagi tahun 2021 dan 2022.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang sistem HRMIS dan cara untuk log in sistem. Setelah memberikan penerangan ringkas tentang system HRMIS, petugas akan memastikan setiap pelajar dapat memuat turun slip gaji yang dikehendaki mengikut bulan serta pelajar dapat mengemas kini maklumat di dalam sistem secara mudah. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu cara-cara menyimpan dokumen dan cetakan dari PC serta carian Enjin (Google).

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana setiap kelas yang diadakan untuk pelajar adalah berlainan maka pelajar mendapat input yang lebih komprehensif dengan konsep pengajaran yang mudah difahami. Selain itu. ia dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT dan memastikan pelajar membuat kemas kini dengan di laman profil masing-masing.

Klik Gambar Di Sini

iv) BENGKEL E -KERAJAAN (SEMAKAN STATUS BKM SECARA ONLINE DI WEB LHDN)

Tarikh         : 14 Februari 2022

Masa          : 2.00 Petang – 3.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta akan bagaimana untuk menyemak status BKM yang telah dipohon sebelum ini.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang sistem LHDN dan cara untuk log in sistem. Setelah memberikan penerangan ringkas tentang system LHDN, petugas akan memastikan peserta mendaftar masuk ke dalam sistem BKM dan peserta  dimaklumkan supaya tidak lupa kata laluan yang telah didaftarkan. Peserta juga diingatkan untuk log keluar sistem setelah menyemak status BKM tersebut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan peserta kerana tidak perlu untuk ke kaunter LHDN untuk memohon dan menyemak permohonan mereka. Peserta juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Klik Gambar Di Sini

v) BENGKEL E- KERAJAAN (PANDUAN MENGISI STATISTIK BULANAN MAJALAH PERPUSTAKAAN DESA SG.MASIN)

Tarikh         : 16 Februari 2022

Masa          : 3.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk pelajar bagaimana untuk mengisi data bulanan pinjaman buku ke dalam sistem PPAS dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang cara untuk memasukkan data yang berkaitan di dalam jadual yang telah disiapkan di dalam borang statistic di dalam laman web PPAS yang disediakan.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang cara untuk log in ke dalam sistem tersebut. Setelah itu, petugas akan memastikan setiap pelajar memahami cara untuk memasukkan data di dalam ruangan yang disediakan dengan mengisi statistic ke dalam system laman web PPAS. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu cara membuat jadual di Microsofft Excel.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana setiap kelas yang diadakan untuk pelajar adalah berlainan maka pelajar mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT

Klik Gambar Di Sini

vi) BENGKEL PEMBELAJARAN ( CARA UNTUK MEMBUAT KATALOG MENERUSI WHATSAPP BIZ)

Tarikh         : 18 Februari 2022

Masa          : 4.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna bagaimana untuk menggunakan Web Whatsap dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang cara untuk log in dan scan QR code ke dalam web jika ingin menyambungkan whatsapp dari HP ke PC. Petugas juga mengajar pengguna untuk membuat katalog bisnes di dalam Whatsapp

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Web Whatsapp iaitu cara-cara untuk log in web whatsapp di PC. Setelah itu, petugas mengajar pengguna untuk memuat naik gambar-gambar produk ke dalam katalog bisnes dan mengajar untuk membuat penerangan perniagaan di dalam katalog tersebut

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna yang baru menjinak didalam perniagaan boleh memulakan promosi produk-produk mereka melalui Whatsapp Bisnes/katalog serta memudahkan mereka memaparkan harga produk mereka.

Klik Gambar Di Sini

vii) BENGKEL PEMBELAJARAN ( MICROSOFT OFFICE WORD – RESUME DAN COVER LETTER )

Tarikh         : 25 Februari 2022

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar akan bagaimana untuk membuat resume/CV beserta cover letter ringkas dengan petugas memberikan tips kepada pelajar untuk menyunting resume secara percuma dari laman web yang dipercayai.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar menggunakan pelayar internet dan enjin carian google untuk mencari template resume percuma dan menarik.Setelah itu, petugas memastikan pelajar mempunyai maklumat lengkap untuk diisi kedalam resume dan pelajar memahami cara bagaimana menggunakan editing tools di dalam laman web untuk menyunting resume serta pelajar dapat mencetak semua dokumen yang telah disiapkan. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Microsoft Word.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar untuk memohon pekerjaan terutama lepasan universiti boleh membuat resume/CV mereka kelihatan lebih menarik dengan adanya templat percuma di internet serta pelajar dapat mengetahui beberapa jenis laman web editing resume yang ada di internet.

Klik Gambar Di Sini