mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – FEBRUARI 2023

i) BENGKEL PEMBELAJARAN (PANDUAN MENJAWAB EXAM SPA ONLINE)

Tarikh         : 3 Februari 2023

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pengguna untuk melayari laman web yang diingini. Petugas juga mendedahkan pengguna terutama yang ingin menduduki peperiksaan SPA online menggunakan perkhidmatan di PEDi

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan pengguna melayari laman web yang diingini iaitu SPA online. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mempunyai segala maklumat yang diingini jika melayari laman web tertentu.Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen. Pengguna juga dapat melayari internet dengan mudah disamping menggunakan kemudahan yang lain seperti untuk menjawab soalan secara atas talian.

Klik Gambar Di Sini

ii) BENGKEL E -KERAJAAN (PANDUAN ISI BORANG TUNTUTAN PERKESO)

Tarikh         : 7 Februari 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna untuk mendaftar masuk ke laman PERKESO di online. Petugas juga mengajar pengguna cara untuk membuat tuntutan secara online di laman web tersebut.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan pengguna melayari laman web yang diingini iaitu laman web PERKESO. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mencetak dan menyimpan butiran yang telah diisi ke dalam system tersebut. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT. Selain itu, ia juga memudahkan pengguna untuk membuat kerja-kerja harian yang menggunakan komputer dan sebagainya.

Klik Gambar Di Sini

iii) BENGKEL E -KERAJAAN (PANDUAN CARIAN JAWATAN DI LAMAN MYSPP)

Tarikh         : 10 Februari 2023

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan bimbingan kepada pengguna yang sedang mencari pekerjaan di laman-laman web kerajaan. Oleh itu, petugas memberikan bimbingan kepada pengguna untuk menyenarai pendek jawatan kosong yang ada bersesuaian dengan kelayakan sedia ada. Setelah itu, petugas mengajar pengguna untuk mendaftar masuk ke dalam laman web MYSPP.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang laman web MYSPP serta penerangan ringkas tentang cara untuk log in di laman web MYSPP.Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna mempunyai butiran untuk dimuat naik kedalam system MYSPP dan mencetak apa-apa dokumen pengesahan setelah selesai melayari dan mengisi borang tersebut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memudahkan pengguna untuk mencari jawatan kerja kosong samada di sector kerajaan atau swasta serta menjimatkan masa dengan mencari jawatan kosong sesuai dengan kelayakan yang ada.

Klik Gambar Di Sini

iv) BENGKEL PEMBELAJARAN (MICROSOFT OFFICE WORD – FORMAT ARTIKEL & BULETIN

Tarikh         : 14 Februari 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna untuk mereka artikel dengan menggunakan kolum buletin sedia ada di dalam Microsoft Word.  Petugas juga mengajar pengguna cara untuk menukar format bulletin tersebut kepada design serta style yang lebih efisien dan formal.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang Microsoft Office Word. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang Microsoft Office Word, petugas akan memastikan pengguna serba tahu menggunakan kaedah copy dan paste tanpa perlu menyalin semula artikel sedia ada serta memastikan pengguna untuk menyimpan dokumen kealam cloud atau peranti masing-masing setelah selesai menaip.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT serta memudahkan pengguna untuk membuat kerja-kerja harian yang menggunakan komputer dan sebagainya. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Klik Gambar Di Sini

v) BENGKEL E- KERAJAAN (PANDUAN MENGISI BORANG SPPIM SECARA ONLINE) 

Tarikh         : 21 Februari 2023

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar  pengguna untuk daftar masuk ke laman SPPIM di online dengan petugas mengajar  pengguna cara untuk mengisi borang berkaitan secara online di laman web tersebut.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang SPPIM Online. Setelah petugas memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system, petugas akan memastikan pengguna mempunyai akaun emel untuk mendaftar ke laman web tersebut.  Petugas juga akan memastikan pengguna mencetak/menyimpan butiran yang telah diisi ke dalam system tersebut.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada  pengguna kerana dengan petugas memberi pendedahan tentang wujudnya sistem SPPIM yang terbaru yang memudahkan pengguna mengisi borang berkaitan  tanpa perlu ke kaunter untuk mengisi borang dan membuat tuntutan. Secara tidak langsung, ia melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT. Pengunjung juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Klik Gambar Di Sini 

vi) BENGKEL PEMBELAJARAN (TEKNIK ORIGAMI MENERUSI YOUTUBE) 

Tarikh         : 23 Februari 2023

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan ringkas tentang penggunaan Youtube secara asas kepada pelajar sekolah dengan petugas memahirkan mereka dengan penggunaan Youtube dengan tujuan pengisian yang berfaedah seperti DIY at Home dan sebagainya.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Youtube Web. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar tahu akan asas penggunaan computer seperti penggunaan tetikus, papan kekunci dan sebagainya serta pelajar boleh menaip di papan kekunci yang disediakan. Petugas juga mengajar mereka untuk membuat akaun google untuk kegunaan kelak.

    • Klik Gambar Di Sini