i) BENGKEL E-KERAJAAN (PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT ONLINE BELIA)
Tarikh : 03 Februari 2021
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar para pengguna untuk membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dan juga untuk mengemaskini maklumat mereka di dalam sistem.
-
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang laman web BPR 2021. Setelah memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system, petugas akan memastikan pelajar memahami cara untuk mengisi borang tersebut. Pelajar juga diberitahu untuk membawa dokumen berkaitan seperti sijil nikah, sijil kelahiran dan sebagainya sebelum mengisi borang tersebut dan pemohon hendaklah menghantar borang yang telah diisi rapi sebelum mencetaknya. Dengan adanya Pusat Internet Kg Sg Masin, dengan keadaan semasa akibat pandemik COVID-19 boleh membuat permohonan terus secara atas talian tanpa perlu ke kaunter.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan selain dapat memudahkan pengguna untuk membuat apa-apa jenis permohonan atas talian. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Internet layar.
ii) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (MULTIMEDIA – ONLINE RESUME EDITING)
Tarikh : 05 Februari 2021
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
-
- Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pelajar akan bagaimana untuk membuat resume/CV beserta cover letter ringkas dengan petugas memberi tips kepada pelajar untuk menyunting resume secara percuma dari laman web yang dipercayai.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang laman web Wix.com dan pelajar menggunakan pelayar internet dan enjin carian google untuk mencari template resume percuma dan menarik. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar mempunyai maklumat lengkap untuk diisi kedalam resume dan memahami cara bagaimana menggunakan editing tools di dalam laman web untuk menyunting resume. Pelajar juga dapat mencetak semua dokumen yang telah disiapkan di Pusat Internet. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar untuk memohon pekerjaan terutama lepasan universiti boleh membuat resume/CV mereka kelihatan lebih menarik dengan adanya templat percuma di internet serta pelajar dapat mengetahui beberapa jenis laman web editing resume yang ada di internet.
iii) BENGKEL PEMBELAJARAN (MIC.OFICE WORD- REPLACE ERROR)
Tarikh : 08 Februari 2021
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
-
- Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pelajar akan bagaimana untuk menggunakan tool /kaedah replace all atau find all di dalam Mic.Office Word.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar menyiapkan kerja tugasan mereka dengan menggunakan Microsoft Office Word.Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar mempunyai dokumen yang ingin di edit dan pelajar memahami cara bagaimana menggunakan kaedah find and replace. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
a banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta pelajar dapat mengetahui beberapa kaedah yang memudahkan editing sekiranya terdapat kesalahan didalam penulisan.
iv) BENGKEL E-KERAJAAN (MUAT TURUN SLIP DARI LAMAN HRMIS)
Tarikh : 10 Februari 2021
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
-
- Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar para penjawat awam akan bagaimana untuk daftar masuk ke dalam sistem HRMIS dengan petugas
memberi penerangan ringkas tentang cara mengemas kini profil dan cara muat turun slip gaji penjawat bagi tahun 2020 dan 2021.
- Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar para penjawat awam akan bagaimana untuk daftar masuk ke dalam sistem HRMIS dengan petugas
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang sistem HRMIS dan cara untuk log in sistem. Setelah memberikan penerangan ringkas tentang system HRMIS, petugas akan memastikan setiap pelajar dapat memuat turun slip gaji yang dikehendaki mengikut bulan serta pelajar dapat mengemas kini maklumat di dalam sistem secara mudah. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu cara-cara menyimpan dokumen dan cetakan dari PC.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana setiap kelas yang diadakan untuk pelajar adalah berlainan maka pelajar mendapat input yang lebih komprehensif dengan konsep pengajaran yang mudah difahami. Selain itu. ia dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT dan memastikan pelajar membuat kemas kini dengan di laman profil masing-masing.