mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI I – FEBRUARI 2024

1) LATIHAN KEUSAHAWANAN – PENDAFTARAN PLATS UNTUK PENIAGA KECIL

Tarikh         : 3 Februari 2024

Masa          : 11.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk mendaftar/memohon skim/program di bawah PLATS Selangor. Platform Selangor atau PLATS adalah sebuah platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi peniaga Selangor. Selain itu, petugas juga memberikan sedikit pencerahan kepada peniaga yang ingin mendaftar dibawah PLATS akan manfaat yang akan diterima seperti bantuan pendigitalan, pembiayaan,Latihan keusahawanan dan peluang menyertai program anjuran kerajaan. 

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang laman web PLATS .Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna mempunyai asas penggunaan komputer dan pengguna mempunyai akaun emel yang aktif untuk dijadikan sebagai akaun mendaftar di mana-mana website. Petugas juga akan memastikan pengguna menghantar permohonan mereka setelah mengisi butiran yang diperlukan oleh web tersebut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana ia dapat menggalakkan peniaga untuk mengoptimumkan inisiatif kerajaan khusus untuk golongan perniaga kecil dan sederhana. Ia juga menjadikan usahawan lebih mandiri dan serba boleh serta celik IT serta menjadikan peniaga lebih cekap mengendalikan perniagaan terutama dokumentasi dengan ilmiuyang telah dikongsi. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

2) ASAS ICT – PENULISAN SURAT RASMI (MICROSOFT WORD) & MUAT NAIK DOKUMEN DI EMEL

Tarikh         : 6 Februari 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk menulis surat rasmi berpandukan contoh sedia ada di dalam internet. Selain itu, petugas juga panduan kepada mereka untuk memuat naik dokumen kedalam emel (email attachment).

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Word, Gmail / Scrib. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna membuka laman SCRIBD untuk dikadikan sebagai panduan menulis surat rasmi. Pengguna juga diajar untuk memuat naik dokumen mereka ke dalam emel/drive masing-masing. Pengguna diingatkan untuk log masuk ke dalam emel masing-masing sebelum memuat naik dokumen mereka

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di PEDi untuk menggunakan kemudahan sedia ada di dalam PEDi. Selain itu, ia dapat melahirkan lebih ramai golongan dewasa yang lebih cakna tentang keperluan teknologi semasa di dalam kehidupan seharian mereka.Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

3) ASAS ICT – WHATSAPP WEB (QR CODE GENERATE &DOCUMENTS ATTACHMENT)

Tarikh         : 8 Februari 2024

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk generate QR code mereka dari dalam aplikasi Whatsapp. Selain itu, petugas juga memberikan panduan kepada pengguna cara untuk menggunakan Whatsappa Web dan seterusnya memuat naik dan memuat turun dokumen melalui web tersebut.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Web Whatsapp.  Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna membawa dokumen atau details peribadi seperti yang diperlukan. Pengguna diajar untuk memuat naik dokumen yang diperlukan ke ruangan yang disediakan dan dikehendaki untuk log masuk dan log keluar web tersebut setelah selesai menggunakannya.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana pengguna lebih cakna tentang kemudahan Whatsapp Web khusus untuk tujuan memuat naik/turun dokumen. Selain itu, ia juga dapat menjadikan golongan dewasa lebih celik IT. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

4) E-LEARNING (BASIC WRITING SKILLS – MICROSOFT WORD)

Tarikh         : 9 Februari 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan aktiviti khusus online atau pembelajaran interkatif bagi mengisi masa lapang pelajar sekolah.  Secara tidak langsung, ia dapat melahirkan kanak-kanak yang boleh membuat ayat/karangan yang mudah berdasarkan rujukan yang mereka peroleh dari dalam internet.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft word & Artikel Online. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar yang menyertai aktiviti dikehendaki untuk mecari bahan karangan atau esei dari dalam web atas talian sebagai rujukan. Pelajar juga dikehendaki untuk membuat satu esei ringkas topik Android/ IOS dan dikehendaki untuk submit esei mereka setelah selesai.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menyemarakkan semangat bersaing di dalam kalangan anak muda dan menggalakkan golongan cilik untuk menyertai pertandingan atau persaingan yang sihat. Pelajar yang menyertai pertandingan/aktiviti ini diberikan sedikit cenderahari sebagai tanda penghargaan. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Buli Siber dan Maklumat Palsu.

Klik Gambar Di Sini

5) E-LEARNING (TYPING CONTEST FOR ELEMENTARY STUDENTS)

Tarikh         : 9 Februari 2024

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan aktiviti khusus online atau pembelajaran interkatif bagi mengisi masa lapang pelajar sekolah.  Selain itu, petugas juga melatih mereka untuk menaip dengan pantas dan tepat. Secara tidak langsung, ia dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah dengan mengadakan kuiz yang menarik.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang KeyHero. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar yang menyertai pertandingan menaip dengan pantas diberikan 1 teks/artikel mengenai PEDi. Pelajar yang berjaya menaip teks tersebut dengan pantas dengan ketepatan yang paling tinggi, diberikan sedikit cenderahati.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menyemarakkan semangat bersaing di dalam kalangan anak muda dan menggalakkan golongan cilik untuk menyertai pertandingan atau persaingan yang sihat. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my

Klik Gambar Di Sini