1) STEM IOT – SCIENCE ACTIVITIES – SHELLCRAFT ASSEMBLY
Tarikh : 1 Jun 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 10 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan aktiviti DIY untuk pelajar sekolah yang diperbuat daripada bahan semula jadi. Pelajar sekolah dibekalkan dengan cengkerang dari kerangan untuk dijadikan sebagai aktiviti DIY. Pelajar sekolah juga dikehendaki untuk mencantum cengkerang tersebut sehingga menjadi bentuk yang diinginkan
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas melalui Tutorial Youtube. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pelajar membawa keperluan DIY lain untuk aktiviti pada hari tersebut kecuali hanya kerangan yang dibekalkan oleh NADI. Pelajar dikehendaki mengikut tutorial yang diajar sebelum itu daripada sumber youtube tentang cara – cara untuk mencantum dan mewarna serta membentuk hasil DIY berdasarkan DIY tutorial
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Selain itu, ia menjadikan aktiviti tambahan ini sebagai ilmu asas mereka. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.
2) STEM IOT – FACTORY BALLS 4 INTERACTIVE GAME INTERMEDIATE
Tarikh : 2 Jun 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan permainan interaktif sains bertemakan kemahiran berfikir secara kritis dan pantas. Petugas menjadikan aktiviti dan masa lapang mereka lebih menarik dengan aktiviti yang bersesuaian dengan generasi anak muda kini dengan menggalakkan mereka untuk menyertai pelbagai pertandingan untuk mewujudkan persaingan yang sihat.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang DynamicEngineering.com. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pelajar boleh menjawab kuiz/permainan tersebut dengan menyelesaikan cabaran mengikut level yang disediakan. Pelajar juga dikehendaki untuk menjawab dan menyelesaikan semua aktiviti dan peringkat permainan tersebut. Pelajar yang menjawab semua kuiz tersebut dengan tepat diberikan cenderahati.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Selain itu, ia menjadikan aktiviti tambahan ini sebagai ilmu asas mereka. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my.
3) ASAS KEUSAHAWANAN – PENDAFTARAN SSM EZBIZ ONLINE
Tarikh : 3 Jun 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk membuat pembaharuan sijil SSM secara atas talian. Petugas juga memberikan panduan kepada usahawan menggunakan transaksi pembayaran secara online.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Laman Web SSM. Setelah petugas memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system, petugas akan memastikan usahawan mempunyai details SSM lama untuk membuat pembaharuan. Petugas juga akan memastikan usahawan mempunyai perbankan atas talian bagi memudahkan pembayaran secara online.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada usahawan bagi menggalakkan usahawan untuk membuat sendiri pembaharuan SSM.Secara tidak langsung, ia menjadikan usahawan lebih mandiri dan serba boleh serta celik IT. Usahawan juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.
4) E-LEARNING – TEKA SILANG KATA – SIMPULAN BAHASAN MELAYU
Tarikh : 3 Jun 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar sekolah untuk menjawab kuiz Bahasa di dalam web Quizizz. Secara tidak langsung, ia dapat melatih mereka menggunakan web interaktif untuk tujuan pembelajaran dan mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti berfaedah
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Quizizz dan Google Search. Setelah itu, petugas memastikan pelajar sekolah mempunyai asas simpulan Bahasa sebelum menjawab kuiz tersebut. Pelajar diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab kesemua soalan tersebut dan pelajar yang menjawab kuiz dengan tepat diberikan hadiah cenderahati
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI menyertai aktiviti NADI. Selain itu, ia juga dapat melahirkan lebih ramai pelajar sekolah yang cakna dengan keperluan IT dari masa ke semasa. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my.