i) BENGKEL USAHAWAN ONLINE (SEMINAR ZOOM MEET KEUSAHAWAN WEBPAGE UNTUK PEMULA)
Tarikh : 1 Mac 2021
Masa : 10.00 Pagi – 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar usahawan untuk menyertai seminar usahawan online dengan menggunakan platform zoom meeting dengan memberi peluang kepada usahawan PIK untuk menimba ilmu dari tenaga pengajar yang berpengalaman. Para usahawan kecil juga dibantu untuk mempelajari cara untuk mengelola webpage perniagaan masing-masing
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang zoom meeting dan cara untuk log in ke aplikasi zoom meeting yang ada di PC. Setelah memberi penerangan ringkas tentang aplikasi zoom meeting, petugas akan memastikan usahawan menepati masa yang ditetapkan untuk seminar serta membuat catatan penting memandangkan seminar berlangsung sekali sahaja dan memastikan usahawan mempunyai segala butiran perniagaan yang perlu dimasukkan ke dalam web masing-masing. Usahawan juga diberikan aktiviti sokongan iaitu wordpress web for beginner.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada usahawan kerana setiap kelas yang diadakan untuk usahawan adalah berlainan maka usahawan mendapat input yang lebih komprehensif dengan konsep pengajaran yang mudah difahami. Selain itu. ia dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.
ii) BENGKEL USAHAWAN (BINA CARTA ALIRAN ORGANISASI SYARIKAT & PELAN TAPAK)
Tarikh : 3 Mac 2021
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar usahawan akan bagaimana untuk membuat carta aliran organisasi syarikat menggunakan tool sedia ada di dalam Mic.Office Word serta mengajar bagaimana untuk melakar pelan ringkas premis menggunakan Mic.Office Word.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan usahawan menyiapkan kerja tugasan mereka dengan menggunakan Microsoft Office Word.Setelah itu, petugas akan memastikan usahawan mempunyai dokumen yang ingin di edit dan usahawan memahami cara bagaimana menggunakan tool smart art bagi memudahkan usahawan mengisi maklumat organisasi carta alir syarikat. Usahawan juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana usahawan yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta dapat mengetahui beberapa kaedah yang memudahkan editing sekiranya terdapat kesalahan didalam penulisan.
iii) BENGKEL PEMBELAJARAN ( KERJA KURSUS PELAN PERNIAGAAN STPM)
Tarikh : 5 Mac 2021
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pelajar akan bagaimana untuk memuat turun template pelan peniagaan sedia ada di dalam internet dengan petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana untuk memasukkan graf dan edit data di dalam pelan tersebut. Setelah itu, petugas akan memberi kesedaran kepada pelajar akan pentingnya penggunaan aplikasi yang betul untuk membuat tugasan melibatkan penggunaan Mic office Word.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar menyiapkan kerja tugasan mereka dengan menggunakan Microsoft Office Word.Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar mempunyai senarai maklumat yang ingin dicari dari dalam internet, pelajar memahami cara bagaimana mengikut format yang telah yang disediakan serta memastikan pelajar dapat insert graf dan boleh mengedit data graf tersebut di Mic Office Excel. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google) dan Mic Office Excel.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta pelajar dapat mengetahui beberapa jenis format surat menyurat yang perlbagai dari dalam internet.
iv) BENGKEL E-KERAJAAN (ONLINE PEMBAYARAN CUKAI MDHS)
Tarikh : 9 Mac 2021
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pelajar bagaimana untuk membuat pembayaran cukai premis di laman web MDHS dan cara bagaimana untuk log in ke dalam system MDHS.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang cara untuk membuat pembayaran cukai melalui system sedia ada. Selain itu, petugas juga memberi penerangan ringkas tentang cara untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web MDHS. Petugas akan memastikan pelajar membawa butiran cukai seperti no akaun dan alamat rumah dan mempunyai akaun emel serta online banking bagi memudahkan pembayaran dibuat. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Online Banking.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana pelajar mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.
v) BENGKEL PEMBELAJARAN (GOOGLE SHEET & DRIVE -MUAT TURUN/ISIAN)
Tarikh : 12 Mac 2021
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pengguna akan bagaimana untuk memuat turun sheet dan mengisi data terus ke dalam google drive. Petugas juga memberi kesedaran kepada pengguna akan pentingnya penggunaan aplikasi yang betul untuk kegunaan harian dan memberi galakan kepada pengguna supaya menggunakan kemudahan internet atau aplikasi sedia ada untuk membuat tugasan sekolah.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan pengguna menyiapkan kerja tugasan mereka dengan menggunakan Microsoft Office Word dan Google Drive. Setelah pengguna menyiapkan tugasan mereka menggunakan Google documents / Google Drive, petugas akan memastikan pengguna mempunyai akaun emel untuk mengakses drive tersebut dan menyimpan dokumen tersebut selepas menyiapkan tugasan berikut. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana pengguna yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan selain dapat memudahkan pengguna untuk mengisi data serta berkongsi data secara langsung dengan pengguna yang lain.