mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI I – OGOS 2024

Tarikh         : 2 Ogos 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : NADI Kg Sungai Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk menggunakan Microsoft Power Point untuk membuat slide perbentangan dan memasukkan peta dan graf bagi tugasan yang dibuat

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Microsoft Power Point. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pengguna menyimpan format dokumen terdahulu sebelum mencetak perbentangan tersebut. Pengguna juga diajar untuk meggunakan seberapa banyak tool di dalam Microsoft Power Point dan memuat naik dokumen jika diperlukan. Petugas juga memastikan pengguna menyimpan semua dokumen setelah memuat turun dari web tersebut

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menggunakan kemudahan sedia ada di dalam NADI. Secara tidak langsung, ia melahirkan lebih ramai golongan dewasa yang lebih cakna tentang keperluan teknologi semasa di dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

 

2) ASAS ICT – MICROSOFT WORD OFFICE (PENULISAN POSTER)

Tarikh         : 3 Ogos 2024

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sungai Masin

Peserta      : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar untuk membuat poster berdasarkan contoh yang diberikan sebagai latihan asas. Petugas juga menerapkan pelbagai teknik pembelajaran mudah untuk pelajar sekolah.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Microsoft Word Office. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pelajar mempunyai asas menaip sebelum pembelajaran dimulakan. Petugas juga memastikan pelajar menyimpan semua dokumen didalam folder yang ditetapkan.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memudahkan pelajar untuk membuat tugasan sekolah atau seharian di NADI. Secara tidak langsung, ia dapat melatih para pelajar sekolah dengan interface baru windows dan Microsoft Word Office. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

 

3) ASAS KEUSAHAWANAN – PEMBAHARUAN SIJIL SSM & DUTY STEM ONLINE

Tarikh         : 4 Ogos 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : NADI Kg Sungai Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk menggunakan membuat pembaharuan SSM secara online sahaja. Petugas juga menggalakkan peniaga untuk membuat sendiri pembaharuan yang ternyata lebih mudah dan murah.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Laman Web SSM. Setelah petugas memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system, petugas akan memastikan peniaga kecil/sedia ada mempunyai asas penggunaan komputer dan mempunyai akaun SSM yang sah sebelum membuat pembaharuan.  Petugas juga akan memastikan peniaga kecil/sedia ada mempunyai perbankan atas talian bagi memudahkan pembayaran secara online.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peniaga kecil/sedia ada bagi menggalakkan usahawan untuk membuat sendiri pembaharuan SSM dan menggunakan teknologi sedia ada untuk membantu membangunkan perniagaan .Secara tidak langsung, ia menjadikan peniaga kecil/sedia ada lebih mandiri dan serba boleh serta celik IT. Usahawan juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini