i) BENGKEL E-KERAJAAN ( PERMOHONAN RUMAH SPNB- ISI BORANG DALAM WEB SPNB)
Tarikh : 15 April 2021
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
-
- Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar para pemohon untuk membuat permohonan rumah SPNB dan cara untuk mengisi maklumat yang diperlukan dengan betul.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web SPNB. Setelah itu, petugas akan memastikan pemohon memahami cara untuk mengisi borang tersebut dan pemohon membawa dokumen berkaitan sebelum mengisi borang tersebut. Selain itu, pemohon juga dipastikan menghantar borang yang telah diisi rapi sebelum mencetaknya. Para pemohon juga diberikan aktiviti sokongan iaitu internet layar
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana para pemohon yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta memudahkan para pemohon yang berkenaan untuk membuat apa-apa jenis permohonan di atas talian.
ii) BENGKEL E-KERAJAAN (PANDUAN MENJAWAB SURVEY SKMM)
Tarikh : 23 April 2021
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 7 orang
TUJUAN
-
- Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar para pengguna PI untuk menjawab survey yang dibuat oleh SKMM secara atas talian bagi untuk mengumpul respons dari pengguna mengenai perkhidmatan telefon mudah alih dan tetap.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan memberikan penerangan ringkas tentang survey SKMM. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna memahami cara untuk menjawab survey di tersebut dan memahami isi kandungan survey sebelum submit survey tersebut serta memasuki kod yang betul sebelum menjawab survey tersebut. Para pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Internet layar.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana para pengguna kerana boleh memberi maklum balas mengenai perkhidmatan telefon mereka secara terus kepada SKMM serta pengguna berharap agar perkhidmatan yang ditawarkan lebih berbaloi dan sesuai dengan harga yang ditawarkan.
iii) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (E -TUISYEN MATEMATIK FORM 3)
Tarikh : 25 April 2021
Masa : 9.30 Pagi– 10.30 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 3 orang
TUJUAN
-
- Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membuat tutorial online untuk subjek Matematik bagi pelajar sekolah menengah. Petugas juga memberi penerangan ringkas tentang subjek yang dibincangkan dan meneliti pelbagai contoh soalan peperiksaan lepas sebagai panduan pembelajaran berlandaskan dengan norma baharu (onlineclass/sharing/meeting) sebagai pengganti kelas secara bersemuka. Ia juga salah satu inisiatif terbaru oleh MSD untuk meningkatkan mutu dan objektif PIK.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan para pelajar dan tenaga pengajar menggunakan zoom sebagai perantara kelas. Setelah itu, petugas akan memastikan peserta dapat melihat contoh soalan serta nota dan cara penyelesaian berdasarkan perbentangan yang dibuat oleh tenaga pengajar dan setiap pelajar memahami setiap topik yang dibincangkan.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana para pelajar dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen serta pelajar dapat berbincang sesama dengan tenaga pengajar dan rakan-rakan mereka meskipun tidak dapat bersemuka secara depan-depan.