PERTANDINGAN MOBILE LEGENDS PERINGKAT NEGERI DAN KEMPEN KESEDARAN E-SPORTS
Tarikh : 1 Disember 2024
Lokasi : NADI Kg Sungai Masin
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Peserta : 5 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk :-
- Untuk mara ke pertandingan peringkat seterusnya iaitu peringkat negeri mewakili NADI Kg Sg.Masin.
- Memberi kesedaran kepada peserta e-sports tentang tatatertib permainan dengan menonton klip-klip video mengenai e sukan
- Mempromosi keahlian NADI dan perhidmatan terbaru NADI kepada pelajar sekolah
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memastikan peserta sudah menjadi ahli semasa pendaftaran dibuat.Peserta disediakan makanan (sarapan pagi) sebelum memulakan pertandingan sementara memastikan semua peserta hadir. Pertandingan dimulakan dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.Akan tetapi peserta tidak dapat mara ke pusingan seterusnya kerana kalah di dalam pertandingan tersebut.
Sesi penyampaian sijil diberikan setelah tamat seminar dan makanan petang diberikan kepada setiap peserta.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI menyertai pelbagai aktiviti menarik dengan membuat aktiviti yang berfaedah dan interaktif. Pelajar sekolah juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.