mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI II- FEBRUARI 2021

i) BENGKEL E-KERAJAAN (PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DI MDHS ONLINE)

Tarikh         :  14 Februari 2021

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 1 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar bagaimana untuk mendaftar lesen perniagaan untuk premis di laman web MDHS dan mengisi maklumat sendiri dan juga syarikat dengan tepat

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang cara untuk mendaftar lesen perniagaan. Setelah memberi penerangan ringkas tentang cara untuk mendaftar lesen perniagaan premis di MDHS, petugas akan memastikan setiap pelajar membawa maklumat penting untuk mendaftar syarikat dan pelajar mempunyai akaun emel. Pelajar juga perlu ke SSM untuk proses selanjutnya. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Microsoft Office Word untuk dokumentasi

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.

Lihat Gambar Di Sini

ii) BENGKEL PEMBELAJARAN ( CARA MENGGUNAKAN WEB WHATSAPP)

Tarikh         :  17 Februari 2021

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 2 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar bagaimana untuk menggunakan Web Whatsapp dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang cara untuk log in dan scan QR code ke dalam web jika ingin menyambungkan whatsapp dari HP ke PC.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang cara untuk log in web whatsapp di PC. Setelah petugas memastikan pelajar tahu cara untuk memuat turun dan naik dokumen dari whatsapp web, pelajar di ingatkan oleh petugas untuk log keluar web sebelum menutup PC.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana setiap kelas yang diadakan untuk ppelajar adalah berlainan maka pelajar mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT

Lihat Gambar Di Sini

iii) BENGKEL E-KERAJAAN (SISTEM TENDER ONLINE SELANGOR) – TENDER KERAJAAN

Tarikh         :  26 Februari 2021

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 1 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar peniaga untuk melihat dan mengambil tender kerajaan di dalam sistem tender online bagi negeri Selangor serta mengajar cara untuk memuat turun pelbagai dokumen berkaitan dari dalam sistem tender online berkenaan.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang cara untuk log in ke dalam sistem Tender Online Selangor. Petugas sentiasa mengingati peniaga untuk mengingat username dan password jika ingin log in ke dalam sistem berkenaan. Petugas juga memastikan peniaga membawa dokumen berkaitan seperti lesen perniagaan, sijil SSM dan sebagainya sebelum mengisi borang tersebut dan tender yang ingin dipilih menepati kriteria perniagaan. Peniaga juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Internet layar

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana peniaga yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta memudahkan peniaga untuk membuat apa-apa jenis permohonan atas talian.

Lihat Gambar Di Sini

iv) BENGKEL KEUSAHAWANAN (PENGENALAN KEPADA LAMAN WEB – PORTAL UNTUK PENIAGA KECIL)

Tarikh         :  27 Februari 2021

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 1 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar usahawan untuk menyertai kursus keusahawanan berbayar secara atas talian ini kerana seminar tersebut memberi peluang kepada usahawan untuk membuat portal perniagaan percuma untuk tahun pertama perniagaan yang khusus untuk peniaga kecil-kecilan.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang portal perniagaan. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang cara untuk memuat turun aplikasi zoom meeting, petugas akan memastikan usahawan dapat input penting sebelum diberi tunjuk ajar secara atas talian oleh coach seminar dan usahawan memahami cara untuk log in /register ke dalam portal perniagaan. Usahawan juga diberikan aktiviti sokongan iaitu tutorial log in dan mengisi data /maklumat perniagaan.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana setiap kelas yang diadakan untuk usahawan adalah berlainan maka usahawan mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami selain dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.

Lihat Gambar Di Sini