mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI II – FEBRUARI 2024

1) E-LEARNING TREASURE HUNT ACTIVITIES – KAHOOT IT

Tarikh         : 11 Februari 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan aktiviti khusus online atau pembelajaran interkatif bagi mengisi masa lapang pelajar sekolah. Aktiviti treasure hunt kanak-kanak yang menggunakan Power Point sebagai platform untuk mencari bahan/peralatan yang tersembunyi di dalam PEDi. Secara tidak langsung, ia dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang Klik Dengan Bijak.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Power Point & Treasure Hunt. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar yang menyertai aktiviti tersebut perlu mencari peralatan di sekitar PEDi berdasarkan hint gambar yang dipaparkan di Power Point. Pelajar diberi masa selama 1 jam untuk melengkapkan treasure hunt tersebut dan perlu menulis jawapan mereka dan hantar kepada petugas untuk pengesahan jawapan

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menyemarakkan semangat bersaing di dalam kalangan anak muda dan menggalakkan golongan cilik untuk menyertai pertandingan atau persaingan yang sihat.  Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

 

2) ASAS ICT – PANDUAN MENGISI BORANG SPPIM ONLINE

Tarikh         : 12 Februari 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna mengisi borang pra perkahwinan di laman sesawang SPPIM yang disediakan. Petugas juga memberikan panduan kepada pengguna untuk mendaftar akaun jika pertama kali menggunakan laman tersebut

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Laman Web SPPIM. Setelah itu, petugas akan  memastikan pengguna melayari web yang betul untuk mengisi borang tersebut.  Petugas juga akan memastikan pengguna sudah siap sedia dengan pelbagai maklumat diri suami dan juga isteri bagi memudahkan proses mengisi borang tersebut.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada  pengguna kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di PEDi untuk menggunakan setiap kemudahan yang disediakan di PEDi bagi mengisi sendiri borang secara atas talian. Secara tidak langsung, ia menjadikan lebih ramai golongan dewasa yang cakna tentang keperluan teknologi semasa di dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

    • Klik Gambar Di Sini

 

3) SOFT SKILLS – RESUME BASIC ONLINE EDITING I

Tarikh         : 12 Februari 2024

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama pekerja yang ingin menulis resume bersesuaian dengan kehendak pekerjaan atau majikan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma seperti resumemaker untuk membuat resume.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Resume Maker dan Job Street Malaysia. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mengetahui asas menaip terutama menggunakan Microsoft Word dan mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Pengguna boleh memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal dan interaktif dan pengguna lebih tahu sedikit sebanyak cara memuat naik dokumen ke dalam Google Drive dan template yang diberi sesuai dengan keperluan beginner . Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

 

4) STEM IOT – BASIC MATHEMATICS FAST CALCULATION

Tarikh         : 13 Februari 2024

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah cara untuk menjawab kuiz matematik dengan cara pengiraan yang pantas. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web interaktif atau tutorial khusus mengenai subjek matematik sekolah rendah/menengah. Secara tidak langsung, ia dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Quizizz & Wordwall. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar boleh log in ke dalam web tersebut untuk memulakan kuiz matematik. Pelajar juga dikehendaki untuk menjawab dan menyelongkar beberapa kuiz dan soalan berdasarkan subjek matematik.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi PEDi antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

 

5) STEM IOT – BASIC SCIENCE, LAB EQUIPMENTS FOR ELEMENTARY STUDENTS

Tarikh         : 14 Februari 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah rendah akan subjek sains khusus topik Lab Equipment yang ada di makmal-makmal sekolah. Pelajar juga diajar topik khusus untuk terma sains yang digunakan seperti tuas, dan berkaitan. Secara tidak langsung, ia dapat mendedahkan kepada pelajar sekolah dengan web bermanfaat yang boleh membantu pelajar.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Quizizz & Youtube. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar boleh mengakses laman web dengan lancar dan pelajar dapat melayari web wordwall untuk menjawab kuiz berkenaan subjek matematik. Petugas  memberikan sedikit cenderahati kepada pelajar setelah selesai aktiviti.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini