1) E-LEARNING ( TEKA SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK)
Tarikh : 7 Januari 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Kg Sg Masin
Peserta : 5 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan aktiviti khusus online atau pembelajaran interaktif bagi mengisi masa lapang pelajar sekolah. Petugas juga memberikan kuiz yang menarik dan mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah. Secara tidak langsung, ia dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang Klik Dengan Bijak
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang WordWall. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar yang menyertai aktiviti tersebut perlu menonton video pendek KDB di youtube sebelum memulakan kuiz. Selepas itu, pelajar yang berjaya menjawab/menyelesaikan kuiz dengan pantas diberikan sedikit cenderahati
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menyemarakkan semangat bersaing di dalam kalangan anak muda. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan golongan cilik untuk menyertai pertandingan atau persaingan yang sihat. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my.
2) LATIHAN KEUSAHAWANAN – FORMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN
Tarikh : 8 Januari 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk link membuat kertas kerja perniagaan berdasarkan panduan yang mereka peroleh dari website atas talian. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk menggunakan platform yang ada di atas talian untuk dijadikan sebagai panduan bagi melengkapkan proposal tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft & Scribd. Petugas akan memastikan pengguna mempunyai asas penggunaan komputer dan pengguna mempunyai akaun emel yang aktif untuk dijadikan sebagai akaun mendaftar di mana-mana website. Petugas juga akan memastikan pengguna menyimpan dokumen dimana-mana storan milik individu. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat menggalakkan peniaga untuk mengoptimumkan inisiatif kerajaan khusus untuk golongan perniaga kecil dan sederhana. Ia juga menjadikan usahawan lebih mandiri dan serba boleh serta celik IT. Selain itu, ia juga dapat menjadikan peniaga lebih cekap mengendalikan perniagaan terutama dokumentasi dengan ilmiuyang telah dikongsi.
3) ASAS ICT – ISI BORANG ZAKAT (PERMOHANAN ASNAF BARU)
Tarikh : 13 Januari 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan memberikan panduan kepada pengguna untuk mengisi borang permohonan ZAKAT ASNAF secara online. Petugas juga memberikan panduan kepada pengguna cara untuk memuat naik dokumen ke dalam website
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang laman sesawang ZAKAT Selangor. Petugas akan memastikan pengguna membawa dokumen atau details peribadi seperti yang diperlukan. Pengguna diajar untuk memuat naik dokumen yang diperlukan ke ruangan yang disediakan dan pengguna dikehendaki untuk hantar permohonan /submit selepas selesai mengisi butiran yang diperlukan.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana pengguna lebih cakna tentang bantuan-bantuan sedia ada yang ditawarkan. Selain itu, ia juga dapat menanamkan sifat cintakan negara. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my
4) ASAS KEUSAHAWANAN – PEMBAHARUAN SSM
Tarikh : 15 Januari 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk membuat pembaharuan sijil SSM secara atas talian. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka cara untuk menggunakan transaksi pembayaran secara online.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Laman Web SSM. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mempunyai details SSM lama untuk membuat pembaharuan dan mempunyai perbankan atas talian bagi memudahkan pembayaran secara online.
-
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat menggalakkan mereka untuk membuat sendiri pembaharuan SSM. Selain itu, ia juga dapat menjadikan usahawan lebih mandiri dan serba boleh serta celik IT. Pengguna juga diberikan aktiviti sokonga n iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.