mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI II – JULAI 2024

1)  ASAS KEUSAHAWANAN – CANVA (BUSINESS CARD & DIGITAL POSTER)

Tarikh         :  7 Julai 2024

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil untuk membuat kad bisnes dan juga digital poster untuk perniagaan mereka. Petugas juga mengajar mereka untuk membuat digital poster yang mempunyai animasi menarik

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web Canva dan PosterMyWall. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mempunyai asas penggunaan komputer dan mempunyai akaun aktif dan emel yang sah. Petugas juga memastikan mereka menyimpan kesemua projek mereka sebelum log out laman web tersebut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peniaga kecil kerana dapat menggalakkan peniaga kecil untuk hadir di NADI untuk menggunakan teknologi bagi memudahkan urusan seharian mereka. Secara tidak langsung, ia memperkenalkan kepada peniaga kecil akan laman-laman web percuma untuk edit kad bisnes dan digital poster selain dari Canva. Peniaga kecil  juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my.

2) ASAS ICT – PERMOHONAN UPU DAN BIASISWA ONLINE

Tarikh         : 8 Julai 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada lepasan SPM untuk mengisi UPU dan mencari pelbagai biasiswa seperti MARA, Bank Negara, Yayasan Khazanah dan lain-lain. Petugas juga memberikan panduan kepada lepasan sekolah cara untuk mengisi tangga institusi berdasarkan keputusan merit yang mereka peroleh.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web Laman UPU dan MARA Online. Setelah petugas memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system, petugas akan memastikan lepasan sekolah mempunyai PIN yang dibeli sebelum ini.  Petugas juga akan memastikan mereka memilih university/ institusi berdasarkan kelayakan dan minat mereka dan petugas juga menerangkan kepada mereka juga boleh membuat rayuan kedua UPU sekiranya mereka tidak mendapat peluang semasa pertama kali permohonan.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada lepasan sekolah kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik di NADI. Secara tidak langsung, ia melahirkan lebih ramai lepasan sekolah yang lebih cakna dengan keperluan IT dari masa ke semasa. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

3) STEM IOT – APP INVENTOR

Tarikh         : 13 Julai 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : NADI Kg Sg Buaya

Peserta      : 15 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan aktiviti robotic untuk pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Petugas mengajar pelajar sekolah untuk membuat aplikasi mudah seperti music player dengan menggunakan aplikasi inventor yang mana ia adalah salah satu aplikasi  percuma dan pelajar diajar untuk membuat aplikasi yang asas seperti music player.

KTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang aplikasi inventor. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pelajar mempunyai akses gmail/emel gmail untuk log masuk ke dalam sistem tersebut. Petugas juga memastikan pelajar mempunyai contoh lagu untuk dimasukkan kedalam aplikas dummy tersebut dan memainkan/play demo apps tersebut dengan peranti masing-masing .

  • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Selain itu, ia menjadikan aktiviti tambahan ini sebagai ilmu asas mereka. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi NADI antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.

4) STEM IOT – MICROBIT MICROSOFT

Tarikh         : 13 Julai 2024

Masa          : 2.00 Petang – 4.00 Petang