1) ASAS ICT – REKA JADUAL SEKOLAH – MICROSOFT EXCEL
Tarikh : 7 Jun 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada ibu bapa terutamanya, cara untuk membuat/edit jadual sekolah anak mereka menjadi lebih menarik dan senang untuk dirujuk. Selain itu, petugas juga memgajar mereka untuk memuat naik jadual ke dalam whatsapp untuk dikongsi sesama ibu bapa yang lain.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Excel .Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna membawa jadual yang dibekalkan oleh sekolah samada softcopy atau hardcopy. Pengguna juga diajar untuk menyimpan jadual yang telah siap disunting kedalam whatsapp masing-masing
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana Ibu bapa lebih peka dengan keperluan anak-anak sekolah serta dapat menggalakkan ibu bapa untuk menggunakan pelbagai kemudahan ICT untuk menarik minat anak mereka dengan keperluan persekolahan. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.
2) ASAS KEUSAHAWANAN – SHOPEE SELLER CENTRE FINANCE
Tarikh : 8 Jun 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk untuk memuat naik details bank mereka ke dalam shopee seller centre. Petugas juga mengajar peniaga untuk meletakkan bank untuk urusan transaksi online dan melihat aturan kewangan dengan mudah.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Shopee Seller Centre. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna mempunyai asas penggunaan komputer serta pengguna mempunyai bank akaun atau aktifkan online perbankan untuk memudahkan urusan jual beli. Petugas juga memastikan pengguna sudah membuat demo / cuba supaya boleh melihat trend dan hasil di dalam akaun masing-masing.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peniaga kecil/sedia ada kerana dapat menggalakkan peniaga untuk menggunakan platform e dagang untuk berniaga. Secara tidak langsung, ia menjadikan peniaga lebih cekap mengendalikan perniagaan menerusi laman e dagang. Peniaga kecil/sedia ada juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.
3) ASAS ICT – PANDUAN MENGISI ONLINE FORM UNTUK WEB FRIM
Tarikh : 10 Jun 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk mengisi borang secara atas talian di laman web FRIM. Ini disebabkan pengguna yang ingin menyertai ‘hidden festival’ dianjurkan oleh FRIM dan peserta dikehendaki untuk mengisi borang online
-
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang lamam web FRIM. Setelah memberikan penerangan ringkas tentang lamam web FRIM, petugas akan memastikan pengguna mendaftar ke dalam laman web tersebut. Pengguna juga diajar untuk mengisi data peribadi yang diperlukan di dalam website tersebut dan memuat naik dokumen jika diperlukan. Petugas juga memastikan pengguna menyimpan semua atau menghantar permohonan setelah selesai.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menggunakan kemudahan sedia ada di dalam NADI. Secara tidak langsung, ia melahirkan lebih ramai golongan dewasa yang lebih cakna tentang keperluan teknologi semasa di dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.
- Klik Gambar Di Sini
4) ASAS ICT – PERTANDINGAN TEKA DAN MENANG KUIZ UMUM NADI
Tarikh : 11 Jun 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 7 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pertandingan umum kuiz umum khusus untuk pelajar sekolah menengah dan rendah. Petugas mendidik mereka dengan pengetahuan umum mengenai ICT dan Klik Dengan Bijak. Secara tidak langsung, ia dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas melalui Youtube. Setelah itu, petugas membekalkan pelajar sekolah dengan kertas kuiz dan pelajar yang berjaya menjawab kuiz dengan tepat diberikan sedikit cenderahati. Sebelum kuiz bermula pelajar dikehendaki untuk menonton video pendek KDB di youtube dan pelajar sekolah diberikan masa selama 30 minit untuk menyiapkan kuiz tersebut.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI menyertai aktiviti menarik NADI. Selain itu, ia juga dapat melahirkan lebih ramai pelajar sekolah yang cakna dengan keperluan IT dari masa ke semasa. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.