mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI II – MAC 2020

i) BENGKEL PEMBELAJARAN ( CARA UNTUK MENGAMBIL INFORMASI DARI WEBSITE & RINGKASKAN KE DALAM M.O WORD)

Tarikh         : 12 Mac 2020

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 2 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar peserta akan bagaimana untuk mencari maklumat yang tepat dan sahih dari laman web yang dipercayai dengan petugas memberi kesedaran dan galakan kepada pelajar akan pentingnya penggunaan aplikasi atas talian bagi memudahkan sesi pembelajaran mereka, supaya meneroka lebih banyak lagi penggunaan tool seperti insert, reference note dan sebagainya

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan menyiapkan kerja tugasan mereka dengan menggunakan Microsoft Word. Setelah pelajar menyiapkan tugasan mereka menggunakan Microsoft Office Word, petugas akan memastikan pelajar mempunyai senarai maklumat yang ingin dicari dari dalam internet dan menyimpan dokumen dengan betul serta memastikan pelajar mempunyai emel bagi membuat backup penyimpanan dokumen mereka.Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

  • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta pelajar dapat mengetahui beberapa bentuk penggunaan tool tersebut dengan betul.

 

Lihat Gambar Disini

 

ii) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (CARA ISI BORANG UPU BAGI PELAJAR LEPASAN SPM)

Tarikh         : 13 Mac 2020

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 2 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengunjung bagaimana untuk untuk mengisi borang UPU secara atas talian khas untuk lepasan SPM dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang cara untuk log in ke dalam sistem tersebut

 AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang cara isi borang tersebut. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang cara untuk mengisi borang UPU tersebut, petugas akan memastikan pelajar mempunyai no pin yang sudah dibeli di BSN dan membawa segala maklumat berkenaan persekolahan. Borang yang telah siap di isi ke dalam system akan di cetak oleh pelajar. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu membuat emel baru kepada pelajar yang tidak mempunyai akaun emel

  • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana setiap kelas yang diadakan untuk pelajar adalah berlainan maka pelajar mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.

 

Lihat Gambar Disini