1) ASAS ICT – PANDUAN MENGEMASKINI PROFIL PORTAL LEMBAGA ZAKAT DAN RAYUAN UPU
Tarikh : 5 Ogos 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sungai Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk mengemas kini portal di web ZAKAT Selangor bagi permohonan bantuan bulanan. Petugas juga memberikan panduan untuk membuat permohonan online rayuan UPU bagi pelajar yang tidak mendapat tawaran di university awam.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang UPU dan ZAKAT Online. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, lepasan sekolah dikehendaki untuk log masuk ke dalam sistem UPU dan mereka perlu mempunyai PIN yang dibeli sebelum ini dan mereka memilih university/ institusi berdasarkan kelayakan dan minat mereka. Lepasan sekolah juga boleh membuat rayuan kedua UPU sekiranya mereka tidak mendapat peluang semasa pertama kali permohonan dengan mengemaskini permohonan zakat di laman web tersebut.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI bagi menyertai pelbagai aktiviti menarik di NADI. Secara tidak langsung, ia melahirkan lebih ramai golongan dari pelbagai peringkat umur untuk lebih cakna dengan keperluan IT. Lepasan sekolah juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.
2) E-LEARNING – CANVA SMART ART MIND MAP
Tarikh : 10 Ogos 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sungai Masin
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar sekolah untuk membuat smart art dan minp map menggunakan website Canva. Petugas juga menggalakkan mereka untuk menggunakan platform online editing untuk membuat peta minda supaya kelihatan lebih menarik
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Canva dan Whatsapp. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pelajar sekolah mempunyai akaun gmail untuk mengakses masuk kedalam laman web canva dan menyimpan dokumen mereka ke dalam google drive supaya senang untuk mereka akses pembelajaran dan latihan sebelum ini. Pelajar yang menyertai aktiviti ini diberikan sedikit cenderahati
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI menyertai aktiviti NADI. Secara tidak langsung, ia melahirkan lebih ramai pelajar sekolah yang cakna dengan keperluan IT dari masa ke semasa. Pelajar sekolah juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.