1) STEM IOT – TECHNOLOGY FOR KIDS ( WORD PUZZLE)
Tarikh : 15 Februari 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah rendah permainan & kuiz STEM yang terdapat di web pembelajaran lain. Petugas juga mendedahkan kepada pelajar sekolah dengan permainan/kuiz yang mencabar minda yang berkaitan dengan IOT secara umumnya.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kuiz mudah IOT pelajar sekolah. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar boleh mengakses laman web dengan lancar dan pelajar memilih peringkat permainan berdasarkan kemampuan menyelesaikan kuiz tersebut. Petugas memberikan sedikit cenderahati kepada pelajar yang berjaya menjawab kuiz tersebut
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my.
2) ASAS ICT – GOOGLE MAPS (PINNED LOCATION & EDIT DETAILS)
Tarikh : 16 Februari 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk menggunakan pinned location di dalam Google Maps. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk menukar atau menambah butiran tempat yang di pinned di dalam Maps tersebut
AKTIVITI
-
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Google Maps. Setelah itu, petugas memastikan pengguna masuk kedalam web pelayar Google dan seterusnya pergi ke Maps dan mereka pinned lokasi tersebut di tempat yang tepat.Petugas juga memastikan butiran tempat yang di pinned tu betul dan gambar yang diletakkan adalah sesuai
-
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di PEDi untuk menggunakan kemudahan sedia ada di dalam PEDi. Secara tidak langsung, ia akan melahirkan lebih ramai golongan dewasa yang lebih cakna tentang keperluan teknologi semasa di dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.
-
3) LATIHAN KEUSAHAWANAN – CANVA BUSINESS POSTER
Tarikh : 16 Februari 2024
Masa : 9.00 Pagi – 12.30 Petang
Lokasi : PEDi Kg Sg Masin
Peserta : 20 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada dari agensi KEMAS Hulu Selangor untuk membuat poster menggunakan web percuma Canva. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka menggunakan pelbagai tool yang percuma seperti qr code, AI Image Generator, mengajar mereka teknik membuang background di web percuma
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Laman Web Canva/Backgrounf\d Remover. Setelah itu, petugas akan memastikan peserta mempunyai akaun Gmail dan Microsoft untuk log masuk kedalam web Canva dan jika peserta tidak mempunyai akaun tersebut, mereka dikehendaki untuk mencipta akaun tersebut terlebih dahulu. Petugas juga memperkenalkan mereka beberapa jenis template yang percuma untuk dijadikan sebagai rujukan serta memastikan mereka memuat turun softcopy poster mereka untuk digunakan kelak.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada mereka kerana dapat menggalakkan mereka untuk membuat poster/kad perniagaan, malah logo secara sendiri. Secara tidak langsung, ia menjadikan usahawan lebih mandiri dan serba boleh serta celik IT. Selain itu, menyerlahkan lagi kreativiti usahawan dengan adanya platform mudah digunakan lebih lebih lagi untuk golongan yang lebih berumur.
Peniaga kecil/sedia ada dari agensi KEMAS Hulu Selangor juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.
4) LATIHAN KEUSAHAWANAN – BING IMAGE CREATOR & CANVA AI
Tarikh : 16 Februari 2024
Masa : 9.00 Pagi – 12.30 Petang
Lokasi : PEDi Kg Sg Masin
Peserta : 20 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada dari agensi KEMAS Hulu Selangor generate gambar AI menggunakan web Bing Image Creator. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka menggunakan mencipta prompt yang bagus bagi menghasilkan gambar prompt yang bersesuain dengan kehendak mereka.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Bing AI Image Creator. Setelah itu, petugas akan memastikan peserta mempunyai akaun Microsoft untuk log masuk kedalam web Bing. Jika peserta tidak mempunyai akaun tersebut, mereka dikehendaki untuk mencipta akaun tersebut terlebih dahulu. Petugas juga memperkenalkan mereka beberapa jenis template yang percuma untuk dijadikan sebagai rujukan. Selain itu, petugas juga akan memastikan mereka memuat turun softcopy gambar AI mereka untuk digunakan kelak.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada mereka kerana dapat menggalakkan mereka untuk membuat poster/kad perniagaan, malah logo secara sendiri. Secara tidak langsung, ia memberikan pendedahan kepada mereka akan web generate gambar AI percuma yang boleh digunakan kelak. Selain itu, ia menjadikan usahawan lebih mandiri dan serba boleh serta celik IT dan dapat
menyerlahkan lagi kreativiti usahawan dengan adanya platform mudah digunakan lebih lebih lagi untuk golongan yang lebih berumur.
Peniaga kecil/sedia ada dari agensi KEMAS Hulu Selangor juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my.
5) SOFT SKILLS – RESUME BASIC ONLINE EDITING II
Tarikh : 29 Februari 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama pekerja yang intermediate level untuk menulis resume bersesuaian dengan kehendak pekerjaan atau majikan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma seperti resumemaker dan resume built untuk membuat resume serta bagaimana untuk menulis resume berdasarkan format (ATS) untuk peringkat entry / professional.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Resume Maker, EnhanceCV dan Google drive. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mengetahui asas menaip terutama menggunakan Microsoft Word dan mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Pengguna boleh memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal dan interaktif dan pengguna lebih tahu sedikit sebanyak cara memuat naik dokumen ke dalam Google Drive. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Maklumat palsu dan Sebenarnya.my.