1) ASAS KEUSAHAWANAN – DAFTAR CIMB CLICKS QR PAY DAN E-STATEMENT DOWNLOAD
Tarikh : 12 Jun 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil untuk mendaftar CIMB Click melalui website atau Apps sedia ada. Petugas juga mengajar mereka untuk membuat transaksi mudah seperti transfer duit dan semak e statement. Selain itu, petugas mengajar mereka untuk generate QR Pay untuk perniagaan mereka.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang CIMB Clicks Web dan Apps. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mempunyai asas penggunaan komputer dan mempunyai akaun aktif dan emel yang sah. Petugas juga memastikan pengguna membawa telefon bimbit untuk muat turun apps CIMB Clicks serta menyimpan kesemua password.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peniaga kerana dapat menggalakkan peniaga untuk menjual barang di platform e dagang. Secara tidak langsung, ia menjadikan peniaga lebih cekap mengendalikan perniagaan mereka. Peniaga juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my.
2) SOFT SKILLS – CREATE RESUME FOR JOB SEEKERS ( INTERMEDIATE LEVEL ENTRY)
Tarikh : 14 Jun 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama terutama pekerja yang ingin menulis resume bersesuaian dengan kehendak pekerjaan atau majikan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma seperti resumemaker untuk membuat resume. Disamping itu, petugas juga mengajar pengguna terutama golongan yang bekerja untuk mengemas kini resume mereka berdasarkan format ATS sesuai dengan peringkat intermediate entry.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Resumemaker dan Cari Kerja Malaysia. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna mempunyai resume sedia ada untuk tujuan kemas kini profil dan pengguna mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Petugas juga mengajar pengguna cara – cara memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal dan pengguna lebih cakna denga keperluan resume semasa sesuai dengan kehendak majikan dengan template yang diberi sesuai dengan keperluan intermediate level. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.
3) ASAS ICT – PANDUAN PENDAFTARAN SEKOLAH RENDAH IDME MOE
Tarikh : 15 Jun 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada golongan ibu bapa untuk mengisi borang pendaftaran darjah 1 untuk anak-anak mereka. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka tentang cara untuk mengisi maklumat anak terutama bahagian vaksinasi anak.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang laman web IDME MOE.Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna membawa semua dokumentasi anak mereka sebelum mengisi borang. Petugas juga akan memastikan pengguna mendaftar profil dan memastikan mereka menyimpan password mereka. Selain itu, petugas juga memastikan mereka mencetak kesemua borang yang telah diisi dan dihantar kepada pihak sekolah.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada golongan ibu bapa kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menggunakan kemudahan sedia ada di dalam NADI. Selain itu, ia menjadikan golongan dewasa yang lebih peka dengan keperluan sekolah dan menjadikan mereka lebih celik IT. Mereka juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my.
4) E-LEARNING – ENGLISH QUIZ FOR ELEMENTARY STUDENTS
Tarikh : 16 Jun 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar sekolah untuk menjawab kuiz Bahasa Inggeris di dalam web quizizz. Petugas juga melatih mereka menggunakan web interaktif untuk tujuan pembelajaran. Secara tidak langsung, ia dapat mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti berfaedah.
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Quizizz dan Google Search. Setelah itu, petugas memastikan pelajar sekolah mempunyai asas Bahasa Inggeris sebelum menjawab kuiz tersebut. Pelajar diberikan masa selama 40 minit untuk menjawab kesemua soalan tersebut dan pelajar yang menjawab kuiz dengan tepat diberikan hadiah cenderahati
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI menyertai aktiviti NADI. Selain itu, ia juga dapat melahirkan lebih ramai pelajar sekolah yang cakna dengan keperluan IT dari masa ke semasa. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.