1) ASAS ICT – UPU APPLICATION UNTUK LEPASAN STPM
Tarikh : 12 Mei 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada lepasan sekolah untuk membuat permohonan UPU. Petugas memberikan panduan kepada mereka untuk mengisi borang dengan cara yang betul dan memenuhi kriteria dari UPU. Petugas juga memberikan sedikit tips untuk lepasan pelajar sekolah cara untuk memilih university berdasarkan kredit yang diperoleh.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web Laman UPU & Google Search. Setelah petugas memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system, petugas akan memastikan lepasan sekolah membawa keperluan yang diperlukan untuk permohonan UPU. Petugas juga akan memastikan mereka mempunyai emel yang aktif untuk tujuan simpanan dan respon permohonan serta mereka menyimpan dan menghantar permohonan sebelum daftar keluar sistem.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar lepasan sekolah supaya mereka lebih peka dengan cara isi borang yang memenuhi kriteria dan kehendak calon. Ia juga dapat menggalakkan pelajar lepasan sekolah untuk lebih banyak menggunakan Google Drive untuk tugasan yang mudah dan kegunaan akses yang ramai dalam satu-satu masa. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak & Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.
2) ASAS ICT – MICROSOFT POWERPOINT SLIDE PRESENTATION (CERPEN PENDEK)
Tarikh : 13 Mei 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar sekolah untuk membuat cerpen pendek berdasarkan tema tajuk yang disediakan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk insert gambar dan animasi lain kedalam slide masing-masing. Secara tidak langsung, pelajar sekolah dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Power Point. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar sekolah memahami tajuk / tema sebelum membuat cerpen masing-masing. Petugas juga memastikan pelajar sekolah sudah mempunyai pengetahuan asas menaip sebelum memulakan aktiviti. Petugas memberikan pelajar yang menyiapkan cerpen diberi sedikit cenderahati.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar sekolah kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menggunakan kemudahan sedia ada di dalam NADI. Selain itu, ia juga dapat mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti ICT yang interaktif. Pelajar sekolah juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my.
3) SOFT SKILLS – PANDUAN MEMBUAT RESUME MENGGUNAKAN PLATFORM ONLINE ( RESUME MAKER)
Tarikh : 16 Mei 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama pekerja yang ingin menulis resume bersesuaian dengan kehendak pekerjaan atau majikan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma seperti resumemaker untuk membuat resume. Petugas juga mengajar pengguna terutama golongan yang bekerja untuk mengemas kini resume mereka berdasarkan formas ATS sesuai dengan peringkat intermediate entry.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Resume Maker dan Cari Kerja Malaysia. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mempunyai resume sedia ada untuk tujuan kemas kini profil dan pengguna mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Pengguna boleh memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal dan pengguna lebih cakna denga keperluan resume semasa sesuai dengan kehendak majikan serta template yang diberi sesuai dengan keperluan intermediate level . Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.
4) SOFT SKILLS – PANDUAN MEMBUAT RESUME MENGGUNAKAN PLATFORM CANVA FREE
Tarikh : 17 Mei 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pengguna terutama lepasan sekolah untuk membuat resume asas ringkas untuk kerja sambilan. Petugas juga mengajar mereka menggunakan platform Canva dengan hanya mengisi template dan mengubah profil diri mengikut cita rasa masing-masing. Secara tidak langsung, ia menjadikan mereka cakna dengan keperluan majikan.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Canva Resume Maker. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mempunyai gambar berukuran passport formal untuk dimasukkan ke dalam resume mereka. Petugas juga memastikan pengguna mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut dan pengguna boleh memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume pelbagai yang kreatif. Selain itu, ia menjadikan pengguna lebih tahu sedikit sebanyak cara memuat naik dokumen ke dalam Google Drive untuk tujuan penyimpanan dokumen. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.