1) STEM IOT – E-KELAS KUIZ (SCIENCE DAN MATH)
Tarikh : 13 Ogos 2024
Masa : 2.00 Petang – 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sungai Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi waktu pelajar sekolah dengan aplikasi pembelajaran mudah dan percuma dari maxis e-kelas. Petugas juga menggalakkan pelajar untuk menyertai pelbagai tusyen percuma dan menjawab perbagai kuiz sambil mengumpul mata untuk ditebus kemudian
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Maxis E-kelas. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pelajar mempunyai akses gmail/emel gmail untuk log masuk ke dalam sistem tersebut dan pelajar menjawab beberapa kuiz dan latihan untuk mengumpul mata ganjaran. Petugas juga memastikan pelajar menyimpan butiran log masuk.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Selain itu, ia menjadikan aktiviti tambahan ini sebagai ilmu asas mereka. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.
2) ASAS ICT – MICROSOFT OFFICE (SMART ART/ GRAPH CHART)
Tarikh : 14 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sungai Masin
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar sekolah akan tool menarik Microsoft Office sambal menjawab Latihan Microsoft yang diberikan. Secara tidak langsung, ia dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah.
AKTIVITI
-
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Microsoft Office. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pelajar mempunyai asas menaip sebelum pembelajaran dimulakan dan pelajar sudah bersedia di depan komputer masing-masing. Pelajar yang mencapai pemarkahan yang paling tinggi akan diberikan sedikit cenderahati.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menggunakan kemudahan sedia ada di dalam NADI. Selain itu, ia menjadikan pelajar sekolah biasa dengan menaip di komputer supaya lebih mudah untuk membuat tugasan sekolah mereka. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my.
-
3) SOFT SKILSS – PANDUAN MEMBUAT RESUME MENGGUNAKAN PLATFORM ONLINE (RESUME MAKER)
Tarikh : 16 Ogos 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sungai Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama pekerja yang ingin menulis resume bersesuaian dengan kehendak pekerjaan atau majikan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma seperti resumemaker untuk membuat resume. Selain itu, petugas juga mengajar pengguna terutama golongan yang bekerja untuk mengemas kini resume mereka berdasarkan formas ATS sesuai dengan peringkat intermediate entry.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang resume maker dan Cari Kerja Malaysia .Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna mempunyai resume sedia ada untuk tujuan kemas kini profil dan pengguna mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Petugas juga mengajar pengguna cara – cara untuk memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal. Selain itu, pengguna lebih cakna dengan keperluan resume semasa sesuai dengan kehendak majikan dengan template yang diberi sesuai dengan keperluan intermediate level. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.