1) ASAS ICT – PANDUAN MENGISI UPU LEPASAN SPM
Tarikh : 20 April 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada lepasan sekolah untuk membuat rayuan UPU. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk mengisi semula borang dengan cara yang betul dan memenuhi kriteria dari UPU.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web Laman UPU & Google Search. Setelah petugas memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system, petugas akan memastikan lepasan sekolah membawa keperluan yang diperlukan untuk rayuan UPU. Petugas juga akan memastikan mereka mempunyai emel yang aktif untuk tujuan simpanan dan respon rayuan serta mereka menyimpan dan menghantar rayuan sebelum daftar keluar sistem.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar lepasan sekolah kerana dapat memberi pendedahan dan pelajar lebih peka dengan cara isi borang yang memenuhi kriteria dan kehendak calon. Ia juga dapat menggalakkan pelajar untuk lebih banyak menggunakan Google Drive untuk tugasan yang mudah dan kegunaan akses yang ramai dalam satu-satu masa. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak & Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.
2) ASAS ICT – PENGHASILAN SENI VISUAL BUKU SKRAP PLATFORM CANVA
Tarikh : 23 April 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar sekolah untuk menggunakan laman web Canva untuk membuat kerja khusus/folio. Petugas juga menarik minat pelajar sekolah untuk menggunakan pelbagai laman web percuma untuk kreativiti dan inovasi individu secara keseluruhannya.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Canva & Google Drive. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pelajar sekolah melayari web yang boleh dipercayai dan mempunyai variety template yang pelbagai tema. Pelajar sekolah juga diajar untuk edit tulisan dan insert pelbagai design ke dalam buku skrap tersebut. Petugas juga memastikan pelajar sekolah menyimpan dokumen mereka di mana-mana storan seperti Google Drive atau pendrive.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar sekolah kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk membuat tugasan sekolah sambil diberi tunjuk ajar oleh petugas NADI. Selain itu, ia juga dapat melahirkan lebih ramai pelajar sekolah yang cakna dengan keperluan IT dari masa ke semasa. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my
3) ASAS ICT – MEMBUAT INVOIS DAN SEBUT HARGA (MICROSOFT WORD)
Tarikh : 27 April 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk menggunakan Mic Word untuk membuat invois perniagaan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari beberapa website seperti SCRIBD untuk tujuan sebagai rujukan.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Microsoft Word dan SCRIBD. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pengguna mempunyai details perniagaan dan details transaksi tersebut dengan mengikut template yang disediakan atau menggunakan reka bentuk invois tersendiri. Petugas juga akan memastikan pengguna menyimpan kesemua kerja ke dalam storan sedia ada.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menggunakan kemudahan sedia ada di dalam NADI. Selain itu, ia juga dapat melahirkan lebih ramai golongan dewasa yang lebih cakna tentang keperluan teknologi semasa di dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my
3) LATIHAN KEUSAHAWANAN – FACEBOOK PAGE FOR BUSINESS STARTUP)
Tarikh : 27 April 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk untuk membuka akaun/ page facebook untuk pernagaan mereka. Petugas juga memperkenalkan mereka dengan tools dan kriteria menarik page untuk perniagaan selain mengajar mereka untuk memuat naik gambar perniagaan dan cara posting di media social.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Facebook Page. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pengguna mempunyai asas penggunaan komputer. Petugas juga akan memastikan pengguna sudah memasukkan gambar produk jualan mereka dan pernah menjual produk mereka di mana-mana platform media social. Petugas juga menggalakkan peniaga untuk berniaga secara online.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peniaga kecil/sedia ada kerana dapat menggalakkan peniaga untuk menggunakan platform e dagang untuk berniaga. Secara tidak langsung, ia menjadikan peniaga lebih cekap mengendalikan perniagaan menerusi laman e dagang dan menggalakkan peniaga untuk membina seberapa banyak media social untuk tujuan perniagaan mereka. Peniaga juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my