mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI IV – JANUARI 2024

1) SOFT SKILLS – RESUME BASIC ONLINE EDITING I

Tarikh         : 22 Januari 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama pekerja yang ingin menulis resume bersesuaian dengan kehendak pekerjaan atau majikan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma seperti resumemaker untuk membuat resume.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Resume Maker dan Job Street Malaysia. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mengetahui asas menaip terutama menggunakan Microsoft Word dan mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Pengguna boleh memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal dan interaktif dan pengguna lebih tahu sedikit sebanyak cara memuat naik dokumen ke dalam Google Drive dan template yang diberi sesuai dengan keperluan beginner . Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

2) STEM IOT – KUIZ ASAS INTERNET OF THINGS ( KIDS & TECHNOLOGY)

Tarikh         : 27 Januari 2024

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah rendah permainan dan kuiz STEM yang terdapat di web pembelajaran lain. Pelajar sekolah juga didedahkan dengan permainan dan kuiz yang mencabar minda yang berkaitan dengan IOT secara umumnya.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kuiz mudah IOT pelajar sekolah. Setelah itu, petugas memastikan pelajar boleh mengakses laman web dengan lancar. Pelajar memilih peringkat permainan berdasarkan kemampuan menyelesaikan kuiz tersebut dan pelajar yang berjaya menjawab kuiz tersebut diberi sedikit cenderahati.

  • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses. Petugas juga menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my.

 

3) SOFT SKILLS – RESUME BASIC ONLINE EDITING II

Tarikh         : 29 Januari 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama pekerja yang intermediate level untuk menulis resume bersesuaian dengan kehendak pekerjaan atau majikan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma seperti resumemaker dan resume built untuk membuat resume. Selain itu, petugas juga memberikan panduan bagaimana untuk menulis resume berdasarkan format (ATS) untuk peringkat entry / professional. 

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Resume Maker, EnhanceCV. dan Google drive. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mengetahui asas menaip terutama menggunakan Microsoft Word dan mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Pengguna boleh memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal dan interaktif dan pengguna lebih tahu sedikit sebanyak cara memuat naik dokumen ke dalam Google Drive . Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini