mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI IV – JULAI 2024

1) STEM IOT – DRONE STIMULATION

Tarikh         : 13 Julai 2024

Masa          : 4.00 Petang – 6.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sg Buaya

Peserta      : 15 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pertunjukkan stimulasi drone kepada pelajar sekolah untuk sesi terakhir bengkel robotic. Petugas juga menunjukkan kepada pelajar cara mengendalikan drone tanpa menggunakan remote berdasarkan coding stimulasi yang telah dibuat sebelum itu.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Drone Stimulation. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas mendedahkan kepada pelajar dengan panduan program sebelum menyertai program tersebut. Petugas juga memastikan pelajar memahami konsep coding dan programming asas sebelum ditunjukkan stimulasi dron tersebut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Selain itu, ia menjadikan aktiviti tambahan ini sebagai ilmu asas mereka. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi NADI antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini dan Klik Video Di Sini

2)  ASAS ICT – TYPNG CONTEST FOR ELEMENTARY STUDENTS

Tarikh         :  14 Julai 2024

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan pertandingan kecil menaip paling pantas bersama pelajar sekolah rendah dan juga menengah.  Selain itu, petugas juga melatih mereka untuk menaip dengan pantas dan tepat. Secara tidak langsung, ia dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Typing Contest Web. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar yang menyertai pertandingan mempunyai pengetahuan asas menaip dan pelajar sudah bersedai di depan komputer masing-masing. Pelajar yang berjaya menaip teks tersebut dengan pantas dengan mencapai pemarkahan yang paling tinggi akan diberikan sedikit cenderahati

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI untuk menggunakan kemudahan sedia ada di dalam NADI. Selain itu, ia menjadikan pelajar sekolah biasa dengan menaip di komputer supaya lebih mudah untuk membuat tugasan sekolah mereka. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi NADI antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my.

 

3) E-LEARNING – MENCIPTA GIF KREATIF AWAL MUHARRAM CANVA

Tarikh         : 15 Julai 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar sekolah untuk membuat gif poster sempena awal muharram. Petugas menggalakkan mereka untuk menggunakan online kad untuk dikirim kepada rakan-rakan mereka.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Canva dan Whatsapp. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pelajar sekolah mempunyai akaun gmail untuk mengakses masuk kedalam laman web canva dan pelajar mempunyai sekurang-kurangnya telefon bimbit dan whatsapp untuk mereka gunakan selepas selesai aktiviti. Pelajar yang menyertai aktiviti ini diberikan sedikit cenderahati

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI menyertai aktiviti NADI. Secara tidak langsung, ia melahirkan lebih ramai pelajar sekolah yang cakna dengan keperluan IT dari masa ke semasa. Pelajar sekolah juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

dan Klik Video Di Sini

4) ASAS KEUSAHAWANAN – MYTAX REGISTRATION FOR BUSINESS OWNER

Tarikh         : 16 Julai 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk mendaftar cukai perniagaan masing-masing. Petugas juga memberikan panduan mereka bagaimana cara untuk membayar cukai perniagaan mereka secara online banking sahaja

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Laman Web LHDN. Setelah petugas memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system, petugas akan memastikan pengguna mempunyai butiran perniagaan sebelum membuat pendaftaran dan perniagaan berdaftar dengan SSM terlebih dahulu. Petugas juga akan memastikan pengguna untuk memuat turun setelah selesai mendaftar cukai tersebut

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna bagi menggalakkan upengguna untuk membayar cukai mereka secara online .Secara tidak langsung, ia menjadikan pengguna lebih mandiri dan serba boleh serta celik IT. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my.