1) SOFT SKILL – PANDUAN MEMBUAT RESUME MENGGUNAKAN PLATFORM CANVA FREE
Tarikh : 17 Jun 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna untuk membuat resume asas ringkas untuk kerja sambilan. Petugas juga mengajar mereka menggunakan platform Canva dengan hanya mengisi template dan mengubah profil diri mengikut cita rasa masing-masing supaya dapat menjadikan pengguna cakna dengan keperluan majikan
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Canva Resume Maker .Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna mempunyai gambar berukuran passport formal untuk dimasukkan ke dalam resume mereka serta pengguna mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Petugas juga mengajar pengguna cara – cara untuk memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume pelbagai yang kreatif. Selain itu, pengguna lebih tahu sedikit sebanyak cara memuat naik dokumen ke dalam Google Drive untuk tujuan penyimpanan dokumen. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Maklumat palsu dan Sebenarnya.my.
2) STEM IOT – FACTORY BALLS 4 INTERACTIVE GAME INTERMEDIATE
Tarikh : 20 Jun 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk