1) E-LEARNING – KUIZ UMUM PENGETAHUAN RAMADHAN
Tarikh : 16 Mac 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan aktiviti khusus online atau pembelajaran interkatif bagi mengisi masa lapang pelajar sekolah. Secara tidak langsung, dengan kuiz yang menarik dapat melahirkan kanak-kanak yang boleh menjawab teka teki pengetahuan umum Ramadhan.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Kahoot It & Google. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar yang menyertai aktiviti dikehendaki untuk mencari sedikit info mengenai Ramadhan secara umum. Pelajar dikehendaki untuk menjawab teka teki crossword di dalam masa yang telah diperuntukkan. Pelajar yang menyertai pertandingan/aktiviti ini diberikan sedikit cenderahari sebagai tanda penghargaan
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menyemarakkan semangat bersaing di dalam kalangan anak muda dan menggalakkan golongan cilik untuk menyertai pertandingan atau persaingan yang sihat. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my.
2) SOFT SKILLS – PENULISAN RESUME UNTUK LEPASAN SPM
Tarikh : 17 Mac 2023
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna terutama pekerja yang ingin menulis resume bersesuaian dengan kehendak pekerjaan atau majikan. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web percuma seperti resumemaker dan resume built untuk membuat resume serta panduan bagaimana untuk mereka resume berdasarkan kreativiti masing-masing
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Resume Maker dan Google Drive. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mengetahui asas menaip terutama menggunakan Microsoft Word dan mengisi kelengkapan butiran diri di dalam template sedia ada di dalam web resume tersebut. Pengguna boleh memeriksa sebarang kesalahan di dalam resume secara percuma.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada pengguna tentang penulisan resume yang formal dan interaktif dan pengguna lebih tahu sedikit sebanyak cara memuat naik dokumen ke dalam Google Drive . Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.
3) STEM IOT- EXPLORING KETUPAT WEAVING TECHNIQUE
Tarikh : 23 Mac 2024
Masa : 2.00 Petang – 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti yang menarik dan berfaedah dengan petugas mendedahkan kepada pelajar sekolah dengan teknik anyaman ketupat pelbagai jenis dari tutorial youtube sahaja.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang tutorial aktiviti berkaitan STEM untuk pelajar sekolah. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar boleh mengakses laman web dengan lancar. Pelajar diberikan beberapa jenis bahan anyaman dan pelajar diberi pilihan untuk menganyam jenis ketupat kesukaan masing-masing. Pelajar yang berjaya menganyam ketupat tersebut dengan kemas diberikan cenderahati
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Buli Siber dan Sebenarnya.my.