mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – JANUARI 2018

i) AKTIVITI SEKOLAH RENDAH (LUKISAN ANIMASI & DASHBOARD MY KOMUNITI)

Tarikh         :  7 JANUARI 2018

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 6 orang

 

TUJUAN

Program ini dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang berkaitan dengan ICT. Para pelajar diberi peluang untuk melukis pelbagai corak animasi secara atas talian dan mereka juga diajar untuk memuat naik kelas dan latihan mereka di laman sesawang dashboard Pi1M.

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti sebegini seperti lukisan pelbagai corak animasi ini, kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai lagi permainan pendidikan berfaedah yang ada di atas talian. Ini juga menambah aktiviti sempena cuti sekolah mereka.

Lihat Gambar Di Sini

 

ii) SESI LATIHAN PORTAL DAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Tarikh         :  19 JANUARI 2018

Masa          : 10.00 Pagi – 6.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 6 orang

 

TUJUAN

Tujuan sesi latihan portal dan penyelenggaraan komputer ini diadakan adalah untuk memberi sedikit perkongsian bagaimana untuk menyelenggarakan komputer sekiranya berlakunya masalah yang berkaitan dengan hardware dan software di Pi1M. Bagi sesi latihan portal pula penolong pengurus di ajar bagaimana untuk menambah baik ruangan portal dan sewaktu dengannya

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti sesi latihan Portal dan Penyelenggaraan PC ini, Penolong Pengurus memperoleh pelbagai ilmu dan perkongsian bukan sahaja dari tenaga pengajar malahan dari kalangan penolong pengurus itu sendiri. Penolong pengurus juga dapat bertukar-tukar pendapat dan ilmiah mengenai pengalaman masing-masing sepanjang bekerja sebagai Penolong Pengurus di Pi1M masing-masing.

Lihat Gambar Di Sini

 

iii) PROGRAM KOSPEN – SIS SADO

Tarikh         :  20 JANUARI 2018

Masa          : 8.00 Pagi – 10.30 Pagi

Lokasi        : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 16 orang

 

TUJUAN

Program ini dihadiri oleh 16 orang peserta. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan KOSPEN kepada ahli-ahli kelab ZUMBA sekitar Batang Kali serta menggalakkan ahli mereka untuk hadir dan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pi1M antaranya memperkenalkan Dashboard Mobile Apps kepada peserta.

AKTIVITI

Dengan adanya KOSPEN , ini dapat memudahkan para penduduk untuk meriksa kesihatan mereka tanpa pergi ke klinik di pekan berdekatan. Ini juga membantu penduduk supaya lebih peka tentang tahap kesihatan masing-masing dan juga cuba untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Selain itu, ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas Pi1M dan juga AJK Lokaliti Kospen yang berdekatan.

Lihat Gambar Di Sini

 

iv) E-PEMBELAJARAN (VLE FROG)

Tarikh         :  27 JANUARI 2018

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 6 orang

 

TUJUAN

Program ini dihadiri oleh 6 orang peserta. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah sempena cuti sekolah ini. Para pelajar yang menyertai kelas ini perlu mempunyai id dan kata laluan daripada pihak sekolah. Mereka juga dapat sedikit sebanyak mempelajari subjek-subjek yang dipelajari secara atas talian.

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti pembelajaran atas talian (website VLE frog), kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai lagi permainan pendidikan berfaedah sempena cuti sekolah. Ini juga dapat memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai topik-topik yang berkaitan dengan mata pelajaran yang dipelajari di sekolah mereka.

Lihat Gambar Di Sini