mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – JANUARI 2019

i) Kelas Mengisi Borang Zakat Secara Online – Dewasa

Tarikh         : 8 Januari 2018

Masa          : 3.00 Petang– 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 4 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para kaum ibu teruatamanya cara untuk mengisi borang secara online. Zakat Selangor telah membuka permohonan zakat sekolah dan IPT. Maka golongan ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk merebuat peluang ini.

AKTIVITI

Pemohon diberikan penerangan untuk mengisi maklumat permohonan dengan betul dan tepat serta membimbing pemohon dengan mengisi maklumat di ruangan yang disediakan dengan betul. Pemohon juga perlu memuat turun borang terlebih dahulu sebelum mengisi borang. Setelah petugas memberi keterangan cara – cara mengisi, pemohon boleh tahu mengenai cara isi borang dengan betul dan ini dapat menyesuaikan diri mereka untuk tidak bergantung kepada petugas PI untuk isi borang bagi pihak mereka. Selain itu, kaum ibu terutamanya boleh mempelajari sedikit sebanyak tentang asas internet.

 Lihat Gambar Di Sini

 

ii) KELAS DASHBOARD MYSHOP

Tarikh         : 11 Januari 2018

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 3 orang 

TUJUAN

Memberi peluang kepada Usahawan PI memperkenalkan produk mereka kepada penduduk tempatan terutama kaum ibu. Usahawan juga boleh berkongsi pengalaman menjual produk-produk mereka dengan usahawan lain.

AKTIVITI

Dengan adanya peluang melakukan jualan produk di PI, para usahawan dapat berkongsi pengalaman dan merapatkan hubungan antara satu sama lain dengan komuniti. Mereka juga dapat mempelajari bagaimana untuk memuat naik produk jualan mereka di laman MyShop.

Lihat Gambar Di Sini

 

iii) Kelas Untuk Pelajar Sekolah – Word Search & Puzzle (Penyakit Berkangkit & Tidak Berjangkit)

Tarikh         : 11 Januari 2018

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 5 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengisi masa peluang pelajar sekolah yang sedang bercuti dengan aktiviti yang berfaaedah dan menyeronokkan.

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti seperti pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Antara pelaksanaan aktiviti utama adalah pelajar mencari bahan maklumat mengenai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit di internet dan di kehendaki membuat kuiz secara individu. Pemenang dihadiahkan dengan cenderahati lebihan dashbaord.

Lihat Gambar Di Sini

 

iv)Kelas Untuk Pelajar Sekolah Power Point (KDB Sebenarnya.my)

Tarikh         : 26 Januari 2018

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 7 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengisi masa peluang pelajar sekolah yang sedang bercuti dengan aktiviti yang berfaaedah dan menyeronokkan.

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti seperti ini, pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan.  Antara pelaksanaan aktiviti utama adalah pelajar mencari bahan maklumat tentang sebenarnya.my di portal tersebut dan di kehendaki membuat pertandingan secara individu. Pemenang dihadiahkan dengan cenderahati lebihan dashbaord.

Lihat Gambar Di Sini