1) ASAS ICT – VIDEO SLIDE PRESENTATION (MICROSOFT POWERPOINT)
Tarikh : 2 Januari 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelajar sekolah untuk menggunakan slide presentasi untuk tukar kepada format video dengan hanya menggunakan Microsoft Power Point. Petugas juga memberikan tunjuk ajar kepada pelajar untuk convert format dokumen kepada format yang diinginkan.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Power Point Presentation. Setelah itu, pelajar dikehendaki untuk membuat slide perbentangan dahulu sebelum di convert kepada video. Petugas juga memastikan pelajar menyimpan dokumen/video di dalam pendrive atau storan cloud masing-masing.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memanfaatkan seberapa banyak tips power point untuk digunakan bagi tujuan kerja khusus sekolah dan tugasan yang berkaitan.. Selain itu, ia juga dapat memudahkan pelajar sekolah untuk menyiapkan tugasan sekolah yang diberi. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.
2) E-LEARNING ( POSTER CANVA – AKTIVITI REKREASI)
Tarikh : 3 Januari 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Kg Sg Masin
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan aktiviti khusus online atau pembelajaran interkatif bagi mengisi masa lapang pelajar sekolah. Pelajar sekolah juga membuat poster menarik berdasarkan tempat-tempat rekreasi di sekitar kediaman mereka
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Canva & Google Image. Setelah itu, pelajar yang menyertai aktiviti dikehendaki untuk log masuk ke dalam web canva dan membuat poster berdasarkan tema yang dikehendaki. Selepas itu, pelajar kemudian dikehendaki untuk submit poster kepada staf untuk dinilai .
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menyemarakkan semangat bersaing di dalam kalangan anak
muda. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan pelajar untuk menjadi golongan cilik untuk menyertai pertandingan atau
persaingan yang sihat. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Buli Siber dan Maklumat Palsu.
3) E-LEARNING ( KUIZ GEOGRAFI KAHOOT UMUM )
Tarikh : 6 Januari 2024
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar sekolah untuk menyelesaikan kuiz tajuk-tajuk berkaitan dengan Geografi tahap sekolah rendah. Pelajar sekolah juga diberikan pendedahan kepada akan kepentingan pengetahuan umum tentang geografi secara menyeluruh. Secara tidak langsung, ia dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Kuiz Kahoot. Setelah itu, petugas memastikan pelajar boleh menjawab kuiz mereka dengan log masuk ke dalam web kuiz tersebut. Mereka yang menyelesaikan kuiz dengan pantas diberikan sedikit cenderahati.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses. Selain itu, ia juga dapat mendidik murid sekolah untuk mengetahui pengetahuan umum tentang geografi. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Mobile e-waste dan Sebenarnya.my
4) STEM IOT ( DYNAMIC SYSTEM SCIENCE EXPLORING GAMES )
Tarikh : 6 Januari 2024
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Kg Sg Masin
Peserta : 6 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah rendah akan pengenalan STEM IOT secara umum .Selain itu, petugas juga memberikan panduan kepada mereka untuk melayari web interaktif atau tutorial khusus mengenai subjek sains sekolah rendah/menengah. Secara tidak langsung, ia dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Quizizz & Dynamic System Science. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar boleh log in ke dalam web tersebut untuk memulakan permainan eksperimen sains. Selepas itu, pelajar dikehendaki untuk menjawab dan menyelongkar beberapa kuiz dan soalan selepas tutorial sains tersebut.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan pelajar untuk menjadi golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi PEDi antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.