1) ASAS KEUSAHAWANAN – MYTAX REGISTRATION FOR BUSINESS OWNER
Tarikh : 17 Januari 2025
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Kg Sungai Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk medaftar cukai perniagaan masing-masing. Petugas juga memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada bagaimana cara untuk membayar cukai perniagaan mereka secara online banking sahaja.
AKTIVITI
- Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Laman Web LHDN. Setelah petugas memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system, petugas akan memastikan pengguna mempunyai butiran perniagaan sebelum membuat pendaftaran dan perniagaan berdaftar dengan SSM terlebih dahulu. Petugas juga akan memastikan pengguna untuk memuat turun setelah selesai mendaftar cukai tersebut
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna bagi menggalakkan pengguna untuk membayar cukai mereka secara online .Secara tidak langsung, ia menjadikan pengguna lebih mandiri dan serba boleh serta celik IT. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.