mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – JULAI 2018

i) AKTIVITI SEKOLAH RENDAH (KUIZ KAHOOT IT – SIMPULAN BAHASA & CAPITAL CITIES)

Tarikh         : 15 JULAI 2018

Masa          : 3.00 – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 7 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang berkaitan dengan ICT. Para pelajar juga dapat mengenali mempelajari tentang simpulan bahasa yang mudah dan teknik pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti Kuiz Simpulan Bahasa & Ibu Negara sebegini, kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai lagi permainan pendidikan berfaedah yang ada di atas talian.

 Lihat Gambar Di Sini

 

ii)  PEMBELAJARAN ONLINE  – CARIAN PETA GOOGLE MAPS (SNAP & PRINT)

Tarikh         : 15 JULAI 2018

Masa          : 3.00 – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 6 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendidik para pelajar untuk menggunakan platform seperti Google Maps untuk carian peta bagi melengkapkan kerja khusus sekolah. Pelajar dididik untuk mengguanakn Google Maps dengan betul dengan cara Snipping Tool dan Print Peta.

AKTIVITI

Dengan adanya latihan atas talian (Google Maps) serta menggunakan Snipping Tool & Print, para peserta dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang asas internet terutamanya Google Maps yang mana kerap diguna pakai oleh pelajar sekolah menengah bagi menyiapkan tugasan sekolah yang diminta. Pelajar sekolah sebelum ini kerap meminta petugas PI untuk mencetak Peta dan mencari tempat-tempat di dalam Maps, kini pelajar boleh melakukannya sendiri.

 Lihat Gambar Di Sini

 

iii)  AKTIVITI (TEKA SILANG KATA KBD DAN KUIZ UMUM KENEGARAAN)

Tarikh         : 22 JULAI 2018

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 10 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti permainan teka silang kata ICT iaitu KDB dan Kuiz Umum Kenegaraan.

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti Permainan Teka Silang Kata KDB & Kuiz Umum Kenegaraan sebegini, kanak-kanak dapat menambah ilmu tentang kepentingan klik dengan bijak dengan aktiviti serta permainan yang menyeronokkan disamping mempelajari pengetahuan umum yang lain. Ini juga dapat membantu mereka dari melakukan aktiviti yang kurang berfaedah di luar sana. Kanak-kanak juga di minta mencari maklumat di internet sebelum memulakan aktiviti serta di beri cenderahati lebihan Open Day PI Sg.Masin.

 Lihat Gambar Di Sini

 

iv) PEMBELAJARAN ONLINE  – GOOGLE DRIVE DOCUMENT (POWER POINT)

Tarikh         : 25 JULAI 2018

Masa          : 3.00 – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 7 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendidik para pelajar untuk menggunakan platform seperti Google Drive Document untuk menaip kerja sekolah dan justeru itu menyimpan kerja sekolah mereka di dalam internet (clouds) yang sudah didaftarkan.

AKTIVITI

Dengan menggunakan latihan atas talian (Google Drive Document) serta Sign In Account, para peserta dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang asas internet terutamanya Google Drive Document yang mana kerap diguna pakai oleh pelajar sekolah menengah bagi menyiapkan tugasan sekolah yang diminta. Pelajar sekolah sebelum ini kerap menggunakan Power Point Microsoft Office dan kerap lupa untuk save di dalam pendrive masing-masing. Dengan adanya google Document, mereka boleh mengakses di mana-mana sahaja mereka suka.

Lihat Gambar Di Sini