i) Folio Perniagaan (Office Word, Excel) Sekolah Menengah
Tarikh : 1,3 & 6 Julai 2019
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 1 & 3 Julai 2019 (7 orang) / 6 Julai 2019 (10 orang)
TUJUAN
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar SPM tentang bagaimana untuk membuat folio perniagaan dengan betul berdasarkan contoh yang boleh didapati di internet serta sedikit tunjuk ajar untuk memasukkan Chart, Graf & Smart Art. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana untuk mengira jumlah kiraan kunci kira-kira (akaun) di dalam excel mengguankan formula asas.
AKTIVITI
Pelajar melaksanaan aktiviti utama iaitu menyiapkan folio perniagaan mereka dengan memasukkan graf, chart dan smart art dengan betul serta membuat kiraan kunci kira-kira di Microsoft Office Excel. Sebelum itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk memasukkan graf, smart art ke dalam folio mereka dengan memberi contoh ringkas yang boleh didapati di dalam internet dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar agar memastikan pelajar memahami isi pengajaran terutamanya Microsoft Office Excel kerana formula yang digunakan agak sukar dan banyak.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan aktiviti ini kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan selain dapat berkongsi maklumat di diantara satu sama lain yang dapat melahirkan pelajar celik IT. Pelajar juga dapat pengetahuan ilmu yang sedikit sebanyak memudahkan tugasan sekolah mereka.Pelajar SPM mengakui bahwa senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif.
- Petugas juga memberi aktiviti sokongan iaitu penerangan kelebihan mendaftar menjadi ahli dan Dashboard Download.
ii) SPA Online Exam dan Web Traveloka – Sign Up & Explore
Tarikh : 10 & 18 Julai 2019
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada calon peperiksaan SPA bagaimana untuk menjawab soalan dengan betul serta sedikit tunjuk ajar peserta bagaimana untuk mendaftar ke laman web traveloka dan cara untuk mencari penempatan atau penginapan di luar negara dengan betul.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan peserta log in atau sign up ke dalam system SPA & Traveloka. Setelah itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log in ke dalam sistem SPA dan rakan yang hadir juga turut berbincang tentang bagaimana bentuk soalan yang ditanya di dalam peperiksaan tersebut. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk sign up kedalam web traveloka.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan aktiviti ini kerana calon peperiksaan senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif serta dapat berkongsi maklumat di antara satu sama lain akan soalan peperiksaan SPA serta pakej pelancongan dan secara tidak langsung melahirkan peserta yang celik IT.
iii) Kelas Untuk Pelajar Sekolah Quizizz (KDB & Kuiz Umum PI) dan Kahoot IT (Bahasa Melayu Simpulan Bahasa)
Tarikh : 21 & 27 Julai 2019
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari & 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 21 Julai 2019 (5 orang) & 27 Julai 2019 (4 orang)
TUJUAN
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengisi masa peluang pelajar sekolah yang sedang bercuti dengan aktiviti yang berfaaedah dan menyeronokkan selain memberikan kesedaran kepada pelajar akan pentingnya Klik Dengan Bijak menerusi kaedah pembelajaran interaktif. Pelajar juga diberikan galakan supaya lebih menyukai subjek teras dengan mempelajarinya menerusi kuiz dan pertandingan.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar mendengar taklimat ringkas mengenai KDB kerana pelajar perlu meneka maksud simpulan Bahasa yang terdapat di dalam soalan kuiz yang dilakukan secara individu. Setelah pelajar memahami aktiviti yang akan dilakukan, pelajar membuat kuiz berdasarkan dari apa yang dibincangkan dari taklimat KDB agar memastikan pelajar memahami bentuk kuiz yang dilaksanakan serta menyertai setiap kuiz yang diadakan.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan aktiviti ini kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta pelajar dapat mengetahui beberapa perkataan atau simpulan Bahasa yang jarang digunakan.
iv) Pameran PI, Advokasi Klik dengan Bijak
Tarikh : 23 – 27 Julai 2019
Masa : 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Lokasi : Tapak Pameran Konvokesyen Darul Quran,JAKIM Ampang Pecah KKB
Peserta : Seramai 10 orang petugas Pusat Internet di Hulu selangor yang terlibat menjayakan program ini.
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan promosi PI kepada warga DQ serta memberi pendedahan tentang Advokasi Klik Dengan BIjak dengan mengadakan beberapa kuiz dan permainan.
AKTIVITI
Dengan adanya program pembukaan tempat pameran PI, petugas pusat internet dapat menerangkan secara ringkas tentang PI dan manfaatnya kepada pengunjung dan warga DQ bagi memastikan setiap warga DQ mendapat pendedahan berkenaan dengan PI dan KDB. Selain itu, pengunjung juga memeriksa telefon mereka jika mempunyai cop label yang sah dari SKMM menerusi program kesedaran yang telah dibuat.
Ia banyak memberi kebaikan dan kelebihan antaranya pengunjung yang hadir dapat mengetahui akan kewujudan PI serta manfaat kepada rakyat dan warga DQ juga dapat mengguna pakai perkongsian berkenaan dengan KDB ke dalam kehidupan mereka.Selain itu, dapat mengetahui semakin ramai netizen peka akan isu –isu semasa yang berlaku di persekitaran mereka.
Selain melaksanaan aktiviti utama iaitu bukaan tempat pameran PI, kuiz dan permainan KDB, petugas juga melakukan aktiviti sokongan iaitu Advokasi KDB (e-waste) , Kuiz Kahoot KDB da pendaftaran ahli. Seramai 50 orang dianggarkan datang pada hari pameran.