mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – JULAI 2021

i) BENGKEL E-DAGANG (SHOPEE INTERMEDIATE FOR BEGINNER ONLINE CLASS)

Tarikh         : 22 Julai 2021

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Batang Kali (Online Class/Sharing/Meeting)

Peserta      : 5 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu perniagaan bersama usahawan-usahawan berjaya dan yang sedang meningkat dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang penggunaan media sosial sebagai platform pemasaran terutama Shopee. Selain itu, kelas ini juga adalah kelas khusus untuk usahawan yang baru berjinak dengan teknik pemasaran dalam Shopee dan kelas ini diadakan bersesuaian dengan norma baharu (onlineclass/sharing/meeting) sebagai pengganti kelas secara bersemuka.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan para pelajar dan usahawan menggunakan google meet /zoom sebagai perantara kelas. Setelah itu, petugas akan memastikan peserta dapat perkongsian yang jelas tentang pemasaran di Shopee dan akan memastikan setiap peserta dapat untuk menyertai kelas memandangkan tempat adalah terhad.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana para pelajar dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen serta pelajar dapat mengetahui cara pemasaran produk dan teknik jualan di dalam shopee dan walaupun hanya asas, usahawan boleh bertukar idea sesama mereka.

 

ii) BENGKEL E – DAGANG (KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN -SHOPEE, WHATSAPP BUSINESS,ONLINE TRANSACTION ETC)

Tarikh         : 24 Julai 2021

Masa          : 10.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin (Online Class/Sharing)

Peserta      : 23 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu perniagaan bersama usahawan-usahawan berjaya dan yang sedang meningkat dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang penggunaan media sosial sebagai platform pemasaran terutama Shopee, Whatsapp Business, Online Banking Transaction, Food Panda. Selain itu, kelas ini juga adalah kelas khusus untuk usahawan yang baru berjinak dengan teknik pemasaran dalam talian kelas ini diadakan bersesuaian dengan norma baharu (onlineclass/sharing/meeting) sebagai pengganti kelas secara bersemuka.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan para pelajar dan usahawan menggunakan google meet /zoom sebagai perantara kelas. Setelah itu, petugas akan memastikan peserta dapat perkongsian yang jelas tentang pemasaran secara atas talian dan akan memastikan setiap peserta dapat untuk menyertai kelas memandangkan tempat adalah terhad.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana para pelajar dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen serta pelajar dapat mengetahui cara pemasaran produk dan teknik jualan di dalam shopee dan walaupun hanya asas, usahawan boleh bertukar idea sesama mereka