i) BENGKEL E-DAGANG (WHATSAPP FOR BUSINESS)
Tarikh : 1 Julai 2022
Masa : 10.00 Pagi– 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 15 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta bengkel bagaimana cara penggunaan Whatsapp For Businesses dengan peserta bengkel mempelajari untuk memuat turun aplikasi Whatsapp For Businesses dan memuat naik profile perniagaan mereka ke dalam profile Whatsapp.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang aplikasi Whatsapp For Businesses. Setelah itu, petugas akan memastikan peserta bengkel mempunyai aplikasi Whatsapp dan membuat back up data chat mereka sebelum bertukar kepada Whatsapp For Businesses. Petugas juga akan memastikan peserta bengkel mempunyai profil perniagaan yang ingin dimasukkan ke dalam Whatsapp For Businesses mereka.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peserta bengkel kerana ia dapat melahirkan peserta bengkel yang celik IT dan peka akan perkembangan semasa yang memerlukan internet sebagai pemberi maklumat utama serta memudahkan peserta bengkel yang mempunyai produk/perniagaan untuk memasarkan produk mereka di dalam Whatsapp For Businesses mereka dengan memuat naik gambar di katalog Whatsapp masing masing.
ii) BENGKEL E-DAGANG ( TOUCH AND GO E-WALLET FOR MERCHANT)
Tarikh : 6 Julai 2022
Masa : 10.00 Pagi– 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 15 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta bengkel bagaimana cara penggunaan Touch n Go e-Wallet for Merchant dengan peserta bengkel mempelajari untuk memuat turun aplikasi Touch n Go dan membuat permohonan sebagai merchant melalui Touch n Go untuk mendapatkan QR code untuk perniagaan masing-masing.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang aplikasi Touch n Go e-Wallet for Merchant. Setelah itu, petugas akan memastikan peserta bengkel mempunyai aplikasi Touch n Go dan mempunyai maklumat diri / perniagaan yang sah sebelum membuat permohonan sebagai merchant di aplikasi TNG tersebut.Peserta bengkel juga diberitahu bahawa kod QR yang dipohon mengambil masa beberapa jam untuk diperoleh.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peserta bengkel kerana ia dapat melahirkan peserta bengkel yang celik IT dan peka akan perkembangan semasa yang memerlukan internet sebagai pemberi maklumat utama serta memudahkan peserta bengkel yang mempunyai produk/perniagaan mahupun kedai untuk memudahkan transaksi pembayaran secara tanpa tunai/cashless .
iii) BENGKEL E-KERAJAAN ( PENDAFTARAN SPA LAMAN WEB KERAJAAN)
Tarikh : 8 Julai 2022
Masa : 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengunjung akan bagaimana untuk login in dan mengisi maklumat personel ke dalam laman web SPA dengan petugas memberikan pendedahan kepada pelajar cara untuk mengisi borang dengan betul.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang sistem SPA Online dan cara untuk log in ke dalam sistem. Setelah memberikan penerangan ringkas tentang sistem SPA Online, petugas akan memastikan pengunjung mencatat kata laluan bagi mengelakkan kekeliruan serta membawa segala dokumen yang diperlukan sebelum mengisi borang tersebut. Petugas juga akan memastikan internet di PEDi cukup laju untuk mengisi borang tersebut.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengunjung kerana dapat memberi peluang pekerjaan kepada graduan yang ingin bekerja di sektor kerajaan serta memberikan pengalaman kepada individu untuk memohon pekerjaan di sektor kerajaan. Pengunjung juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
iv) BENGKEL PEMBELAJARAN (MICROSOFT OFFICE WORD – REKA INVOICE & QUOTATION)
Tarikh : 12 Julai 2022
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta dikalangan pelajar lepasan sekolah tentang penggunaan Microsoft Office di PEDi dengan petugas memberikan pendedahan kepada peserta akan modul-modul Microsoft Word dari awal pembelajaran sehingga ke akhir modul. Peserta juga mempelajari asas-asas menaip dan membina surat untuk keperluan pekerjaan runcitan diajar atas permintaan peserta.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Word. Setelah itu, petugas akan memastikan peserta mengetahui asas penggunaan komputer sebelum memulakan pembelajaran Microsoft Office Word serta memahami pemula modul Microsoft Office Word. Peserta juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peserta dengan memberi kemudahan kepada peserta untuk membuat kerja-kerja harian yang menggunakan komputer dan sebagainya selain dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT. Selain itu, ia juga dapat menyiapkan para pelajar lepasan sekolah untuk mereka menyambung pelajaran ataupun ke dalam pekerjaan.
v) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (REKAAN POSTER & LOGO PERNIAGAAN DENGAN CANVA)
Tarikh : 13 Julai 2022
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar untuk menggunakan laman web percuma untuk mereka bentuk poster atau kad perniagaan di laman web Canva/PosterMyWall. Pelajar juga diberikan pendedahan akan teknik-teknik suntingan yang kreatif.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Canva/PosterMyWall.Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar mengetahui asas penggunaan komputer sebelum memulakan pembelajaran rekaan poster Canva serta memuat turun poster/ kad perniagaan yang telah dibuat. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat mengasah kreativiti pelajar dengan aktiviti /bengkel yang menarik serta memudahkan pelajar untuk membuat kerja-kerja harian yang menggunakan komputer dan sebagainya. Selain itu, ia dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.