mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – JUN 2018

i) AKTIVITI BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA SG.MASIN (WORLD QURAN HOURS READ ONLINE & OFFLINE)

Tarikh         : 9 JUN 2018

Masa          : 9.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin & Perpustakaan Desa Kg Sg Masin

Peserta      : 10 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meraikan hari World Quran Hour yang diadakan setiap saban tahun di Malaysia dan seluruh Dunia.Pihak Pusat Internet dan juga PPS Sg.Masin bekerjasama meraikan hari tersebut di Masjid dan juga di PI Sg.Masin.

AKTIVITI

Bersempena dengan Hari World Quran Hour yang diadakan, ini sedikit sebanyak mendidik seluruh umat Islam bukan sahaja untuk membaca Al-Quran pada bulan Ramdhan sahaja. bahkan dilakukan pada setiap hari. Antara aktiviti – aktiviti yang diadakan adalah Jom Membaca (World Quran Hour) serta mempromosikan lagi Pusat Internet kepada penduduk setempat. Pusat Internet juga memberi lebihan goodies kepada peserta

 Lihat Gambar Di Sini

 

ii) MULTIMEDIA – VIDEO ON YOUTUBE FOR LEARNING PURPOSES (PELAJAR SEKOLAH RENDAH)

Tarikh         : 24 JUN 2018

Masa          : 3.00 – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin & Tabika Kemas Kg Sg Masin

Peserta      : 5 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendidik para pelajar untuk menggunakan platform seperti e-learning untuk mengasah tahap pembelajaran mereka selain menggunakan menggunakan seberapa banyak platform atas talian seperti video learning, photo editing dan video editing serta creative presentation khusus untuk pelajar sekolah.

AKTIVITI

Antara aktiviti – aktiviti yang diadakan adalah Video Learning (Youtube) serta para peserta dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang asas komputer yang lain seperti cara untuk cetak bahan bacaan dan asas komputer yang lain.

 Lihat Gambar Di Sini

 

iii) AKTIVITI BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA SG.MASIN (AKTIVITI TAMPAL PERCA KE KERTAS BERBENTUK BUNGA)

Tarikh         : 26 JUN 2018

Masa          : 9.00 Pagi– 11.00 Pagi

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin & Tabika Kemas Kg Sg Masin

Peserta      : 21 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti Jom Membaca yang diadakan oleh PPS setiap tahun.  

AKTIVITI

Bersempena dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PPS, pelajar tadika dapat memperoleh pelbagai bahan bacaan secara percuma dari PPS berdekatan diselangi dengan pelbagai aktiviti di PI juga antaranya aktiviti menampal Perca Kertas dengan melakukan dahulu rujukan di PI cara-cara melakukan aktiviti itu. Selain itu, diadakan aktiviti jamuan raya serta Pusat Internet juga memberi lebihan goodies kepada pelajar.

Lihat Gambar Di Sini