mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – JUN 2019

i) Hari Bersama Komuniti PI Kg Sg.Masin 2019

 Tarikh         : 17 Jun 2019

Masa          : 8.30 Pagi – 4.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : Seramai lebih kurang 140 pengunjung yang hadir dan seramai 3 orang sukarelawan yang terlibat menjayakan program ini. 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi ukhuwah diantara penduduk setempat dan memberi peluang kepada penduduk untuk memeriksa tahap kesihatan mereka secara percuma sambil meyertai pelbagi aktiviti – aktiviti menarik. Selain membuat aktiviti saringan kesihatan secara percuma, terdapat juga pameran dari badan kerajaan dan bukan kerajaan serta jualan dari usahawan PI. Ia juga bertujuan dapat menerangkan kelebihan mendaftar ahli PI serta muat turun apps.

AKTIVITI

Dengan adanya program sebegini, PI dapat meningkatkan mutu dan objektif PI iaitu supaya PI dapat menjadi pusat perkhidmatan untuk komuniti selain dapat memeriahkan lagi PI dengan pelbagai golongan pengunjung yang datang serta meningkatkan lagi jumlah pengunjung PI. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan untuk penduduk dan pelajar sekolah adalah seperti berikut :-

  • Pertandingan Video Pendek
  • Pertandingan Poster Online
  • Pertandingan Kuiz KDB
  • Pertandingan Teka Gambar My Komuniti
  • Pertandingan Gubahan Bunga
  • Pertandingan anyaman ketupat dan selfie
  • Pertandingan Fotografi Belia Tema Hari Raya
  • Aktiviti mewarna dan pertandingan baju raya tercantik kanak-kanak tadika

 

Selain itu, diadakan juga aktiviti sokongan antaranya setiap pengunjung yang berdaftar akan dapat beg silang dan pen percuma serta peserta yang menyertai aktiviti akan mendapat tshirt baru dan pengunjung yang berdaftar ahli akan juga menerima baju dashboard oleh PI. Selain itu, pengunjung dapat membuat saringan kesihatan secara percuma oleh KOSPEN Desa Alam Ria serta mendapatkan pelbagai cenderahati sepanjang program dilangsungkan.

 Lihat Gambar Di Sini

 

ii) Folio Perniagaan & Logo Perniagaan Sekolah Menengah

Tarikh         : 24 – 26 Jun 2019

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 7 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar SPM tentang bagaimana untuk membuat folio perniagaan dengan betul berdasarkan contoh yang boleh didapati di internet serta memberi sedikit tunjuk ajar penggunaan laman web yang membolehkan mereka mereka cipta logo secara percuma.

  • AKTIVITI

    Dengan adanya program sebegini, pelajar dapat mencari bahan maklumat mengenai folio perniagaan dan mereka cipta logo untuk perniagaan mereka.

    • Antara butiran berkaitan dengan aktiviti ini adalah petugas PI memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log in ke dalam laman web Poster My Wall serta memberi contoh ringkas yang boleh didapati di dalam internet dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar sekolah. Dengan adanya aktiviti ini, ia memberikan kebaikan kepada pelajar SPM kerana senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif serta pelajar dapat berkongsi maklumat di diantara satu sama lain dan melahirkan pelajar yang celik IT.

 

Petugas juga memberikan aktiviti sokongan iaitu mempromosikan  kelebihan pendaftaran ahli dan KDB.

 Lihat Gambar Di Sini

 

iii) Pameran PI, Advokasi Klik dengan Bijak, Saringan Kesihatan Sempena Program Peningkatan Profesionalisme  & Pemerkasaan Kaunseling

 Tarikh         : 17 Jun 2019

Masa          : 8.30 Pagi – 5.00 Petang

Lokasi        : Unversiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus Baru) Fakulti Pembangunan Manusia

Peserta      : Seramai 6 orang petugas Pusat Internet di Hulu selangor yang terlibat menjayakan program ini. 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengadakan promosi PI kepada warga UPSI dan memberi pendedahan tentangAdvokasi Klik Dengan BIjak dengan mengadakan beberapa  kuiz dan permainan.

AKTIVITI

Dengan adanya program sebegini, petugas pusat internet dapat menerangkan secara ringkas tentang PI dan manfaatnya kepada pengunjung dan warga UPSI bagi memastikan setiap warga UPSI mendapat pendedahan berkenaan dengan PI dan KDB. Selain itu, ia memberi peluang kepada warga UPSI untuk mendapatkan saringan kesihatan secara percuma sepanjang pameran berlangsung.

Ia banyak memberi kebaikan antaranya pengunjung yang hadir dapat mengetahui akan kewujudan PI serta manfaat kepada rakyat dan warga UPSI juga dapat mengguna pakai perkongsian berkenaan dengan KDB ke dalam kehidupan mereka selain dapat mengetahui tahap kesihatan asas  mereka dengan menjalani saringan NCD bersama staf PI

Selain melaksanaan aktiviti utama iaitu bukaan tempat pameran PI, kuiz dan permainan KDB serta saringan kesihatan petugas juga melakukan aktiviti sokongan iaitu Advokasi KDB (e-waste)

 Lihat Gambar Di Sini

 

iv)Latihan MOVES Program Unit Kawalan NCD Daerah Hulu Selangor

Tarikh         : 25 Jun 2019

Masa          : 2.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada sukarelawan KOSPEN untuk mengisi laman web MOVES serta memberi pendedahan kepada sukarelawan KOSPEN bagaimana untuk mengisi maklumat KOSPEN dan data saringan ke dalam system MOVES.

AKTIVITI

Aktiviti ini dimulakan dengan petugas memberi penerangan tentang topik yang berkaitan secara lengkap supaya sukarelawan yang hadir dapat mengetahui cara yang betul untuk mengisi laman web MOVES serta memastikan pelajar mendapat penerangan yang betul mengenai cara menggunakan MOVES.

Dengan adanya aktiviti seperti ini, pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara untuk memasukkan data dengan betul dan sukarelawan yang hadir melihat dan membandingkan data-data mereka sekiranya ada penambahan dan kekurangan saringan.

Selain melaksanaan aktiviti utama iaitu penerangan tentang Laman Web MOVES, petugas PI juga melakukan aktiviti sokongan iaitu pengenalan mengenai PI.

Lihat Gambar Di Sini