mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – MAC 2019

Kelas Untuk Pelajar Sekolah (How To Secure My Password)

Tarikh         : 2 Mac 2019

Masa          : 3.00 Petang– 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 8 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan kepada topik KDB (Klik Dengan Bijak) tentang penggunaan password yang kukuh serta penggunaan web “How to Secure My Password” untuk memeriksa tahap kekuatan password anda.

AKTIVITI

Aktiviti ini dimulakan dengan petugas memberi penerangan tentang topik yang berkaitan secara lengkap dengan memberi contoh yang bersesuaian dengan topik supaya pelajar dapat melakukan aktiviti sampingan. Antara pelaksanaan aktiviti utama adalah penerangan tentang topik keselamatan di dalam talian yang termasuk dalam modul Advokasi. Setelah itu, pembahagikan peserta kepada kumpulan dilakukan supaya peserta membincangkan untuk membuat password yang kukuh. Tayangan Video KDB (Keselamatan di dalam talian) diadakan sebagai aktiviti sokongan

Dengan adanya aktiviti seperti ini, pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Selain ia membantu pelajar dapat mengetahui tentang tahap keselamatan password setiap individu untuk melahirkan pelajar celik IT. Para guru juga diberi aktiviti sokongan iaitu Advokasi KDB serta melayari website HRMIS

Lihat Gambar Di Sini

 

Pendaftaran UPU (Lepasan Sekolah Menengah)

Tarikh         : 3 Mac 2019

Masa          : 3.00 Petang– 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 4 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM akan peluang kemasukan ke IPT dan sedikit tunjuk ajar tentang web UPU  yang telah dibuka kepada pelajar.

AKTIVITI

Petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log in ke dalam system UPU serta rakan yang hadir juga turut berbincang tentang IPT yang bagus untuk dipilih. Setelah berbincang, pelajar mencari bahan maklumat mengenai IPT yang ingin dipilih dan pelajar yang sudah ada No PIN boleh log in dan mula mengisi borang tersebut. Dengan adanya Pusat Internet, pelajar lepasan SPM senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif yang memudahkan perbincangan sesama rakan-rakan serta dapat berkongsi maklumat di dantara satu sama lain akan IPT awam mana yang sesuai dengan minat dan keputusan mereka yang dapat melahirkan pelajar yang celik IT.

Lihat Gambar Di Sini

 

Kelas Bersama KEMAS Hulu Selangor Pembinaan Rancangan Tahunan Sessi Ke 2

Tarikh         : 7 Mac 2019

Masa          : 10.00 Pagi –– 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 6 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para guru KEMAS akan bagaimana untuk membuat rancangan pengajaran dan mengubah rancangan sedia ada di Microsoft Office Word dan Excel serta memberi pendedahan tentang keperluan formula ringkas di dalam Excel.

AKTIVITI

Antara aktiviti – aktiviti yang diadakan adalah memberi penerangan ringkas tentang excel bagi memastikan setiap guru KEMAS memahami tentang topik pengajaran yang diajar serta memberi tunjuk ajar secara individu sehingga peserta faham. Setelah itu, pelaksanaan aktiviti utama diadakan antaranya penerangan ringkas tentang formula seperti total sum, filtering, copy sheets untuk menyiapkan rancangan pengajaran yang telah dirangka pada kelas-kelas yang lepas serta cara untuk mencetak dengan betul.

Dengan adanya Pusat Internet,  ia memberi kebaikan / kelebihan kepada para guru kerana setiap kelas yang diadakan untuk pengajar KEMAS adalah berlainan maka para guru mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami di Pusat Internet. Selain itu, ia mlahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.

Lihat Gambar Di Sini

 

Kuiz Sains & Geografi (Web Quizzizz)

Tarikh         : 17 & 27 Mac 2019

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari & 3.00 Petang– 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 17 Mac 2019 (5 orang) & 27 Mac 2019 (6 orang)

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah, melatih pelajar sekolah dengan kuiz kuiz ilmiah diatas talian secara percuma dan memberi pendedahan mengenai web Quizizz yang menawarkan pelbagai kuiz untuk pelajar sekolah.

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti ini, iaitu penerangan tentang Web Quizizz yang dibuat secara individual serta kuiz yang dipaparkan berlainan maka pelajar tidak dapat meniru antara sama lain. Antara kebaikan dan kelebihan aktiviti ini adalah pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan dengan pelajar dapat mempelajari subjek teras secara menarik dan interakif agar dapat melahirkan pelajar celik IT. Antara aktiviti yang dilakukan, petugas memberi penerangan tentang topik yang berkaitan secara lengkap supaya pelajar yang menyertai aktiviti ini dapat mencuba kuiz secara atas talian dengan memastikan talian internet yang laju membolehkan pelajar bermain kuiz dengan tenang.Tayangan Video KDB (Keselamatan di dalam talian) diadakan sebagai aktiviti sokongan.