mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – MAC 2020

i) BENGKEL PEMBELAJARAN DEWASA (CARA MENGISI DATA DI DALAM SISTEM KEMAS & CARA MEMASUKKAN ATTACHMENT EMEL)

Tarikh         : 4 Mac 2020

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 3 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi penerangan ringkas tentang cara untuk memasukkan data yang berkaitan di dalam jadual yang
telah disiapkan dengan mengisi borang statistic di dalam laman web PPAS yang disediakan. Selain itu, petugas mengajar pelajar cara untuk memasukkan lampiran dokumen didalam emel.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang cara pengisian data yang tepat. Setelah memberi penerangan ringkas tentang cara untuk membuka laman web PPAS bahagian Statistik, petugas akan memastikan setiap pelajar memahami cara untuk memasukkan data di dalam ruangan yang disediakan. Selepas itu, pelajar boleh meletakkan attachment di dalam emel dengan memastikan data yang diisi di dalam sistem tepat. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu mengisi statistic di dalam laman web PPAS.

  • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana setiap kelas yang diadakan untuk pelajar adalah berlainan. Peserta mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami selain dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.

 

Lihat Gambar Disini

 

ii) BENGKEL PEMBELAJARAN ( MENULIS ARTIKEL PENDEK UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH)

Tarikh         : 8 Mac 2020

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 1 orang 

TUJUAN

  • Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar bagaimana untuk menulis artikel ringkas di dalam aplikasi Microsoft Word dengan memberi kesedaran kepada pelajar akan pentingnya mencari info berkaitan dengan cara penulisan artikel yang tepat. petugas juga memberi galakan kepada pelajar supaya meneroka lebih banyak lagi penggunaan tool dan template sedia ada di dalam Microsoft Office.
  •  
  • AKTIVITI
  • Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar membuat artikel di Microsoft Word. Setelah petugas memastikan pelajar memahami cara penggunaan bahasa yang betul dan sesuai untuk pelajar sekolah, pelajar akan menyimpan dokumen dengan betul dan memastikan pelajar mempunyai emel bagi membuat backup penyimpanan dokumen mereka. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu carian info di dalam laman web yang dipercayai.

 

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Selain itu, pelajar dapat mengetahui beberapa bentuk penggunaan tool tersebut dengan betul.

 Lihat Gambar Disini

 

iii) BENGKEL E-PERNIAGAAN (LAZADA & SHOPEE CARA BUAT TRANSAKSI PEMBAYARAN E BANKING)

Tarikh         : 10 Mac 2020

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 2 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagaimana untuk membuat transaksi pembayaran secara e banking di dalam web e-dagang. Petugas juga memberi kesedaran kepada pelajar akan pentingnya menggunakan kaedah pembayaran yang tepat dengan memastikan mereka mempunyai kad debit/kredit atau password untuk login ke dalam sistem online banking masing-masing.

    • AKTIVITI
    • Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar membuka laman web Lazada & Shopee. Setelah itu, pelajar menggunakan enjin carian Google untuk mencari panduan pembayaran tersebut dengan petugas memastikan pelajar membeli barangan yang diingini dari pembekal yang boleh dipercayai dan membaca review dari pelanggan yang pernah membeli dari pembekal tersebut sebelum membuat pembayaran.Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu menggunakan internet layar.

 

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Selain itu, pelajar dapat mengetahui cara pembayaran yang lebih mudah dan cepat

 Lihat Gambar Disini

 

iv) BENGKEL E-KERAJAAN (CARA MENGISI E-FILING DI LAMAN WEB LHDN)

Tarikh         : 11 Mac 2020

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 2 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk mengisi makluman pendapatan di dalam sistem tersebut dengan memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk daftar masuk akaun laman web tersebut.Selain itu, petugas memastikan pelajar dapat mengisi setiap keperluan yang dikehendaki oleh LHDN.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang laman LHDN dan cara-cara mengisi borang cukai pendapatan secara online. Setelah itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log masuk ke dalam laman web tersebut dengan memastikan pelajar membawa segala maklumat yang dikendaki oleh LHDN sebelum mengisi borang tersebut dan pelajar memahami cara pengisian borang tersebut dengan meneliti panduan sedia ada.

  • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif serta pelajar boleh menggunakan internet dan sekali gus mempelajari dan bertanya kepada petugas jika mereka memerlukan panduan dan secara tidak langsung melahirkan pelajar yang celik IT.

 

Lihat Gambar Disini