mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – MAC 2022

i) BENGKEL PEMBELAJARAN (MICROSOFT OFFICE WORD – SURAT RASMI)

Tarikh         : 2 Mac 2022

Masa          : 3.00 Petang – 4.30 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membimbing pengguna PEDi yang ingin membuat surat rasmi dengan menggunakan Microsoft Office Word. Selain itu, ia juga memberikan pendedahan kepada pengguna yang ingin menaip surat dengan format yang betul

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Microsoft Word. Setelah itu, petugas memastikan pengguna yang ingin mencetak dokumen yang telah ditaip disimpan ke dalam drive masing-masing serta pengguna mempunyai maklumat lengkap untuk diisi kedalam surat tersebut. Petugas juga akan memastikan internet di PEDi cukup laju untuk mengisi borang tersebut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna yang kurang berpengetahuan tentang penulisan surat rasmi berformat untuk menaipnya di PEDi serta dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Klik Gambar Di Sini

ii) BENGKEL E-KERAJAAN (ONLINE E-FILING LHDN)

Tarikh         : 5 Mac 2022

Masa          : 10.00 Pagi – 11.30 Pagi

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para penjawat awam akan bagaimana untuk daftar masuk ke dalam sistem e fiing LHDN dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang cara mengemas kini jumlah cukai pendapatan di dalam sistem e-filing tersebut.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang sistem e-filing LHDN dan cara-cara untuk log in sistem. Selain itu, petugas juga memastikan pengguna dapat memasukkan data-data yang diperlukan dan menandatangan sebelum menghantar borang yang telah siap diisi. Pengguna juga diberikan tunjuk ajar macamana mengemas kini maklumat di dalam sistem secara mudah. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana setiap kelas yang diadakan untuk pengguna adalah berlainan maka pengguna mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT. Pengguna juga dapat membuat kemas kini dengan di laman profil masing-masing.

Klik Gambar Di Sini

iii) BENGKEL E-KERAJAAN (PERMOHONAN DARJAH 1 PUBLIC MOE)

Tarikh         : 06 Mac 2022

Masa          : 2.30 Petang – 3.30 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna untuk membuat permohonan MOE darjah 1 bagi tahun 2022 dan 2023 dengan mendidik ibu bapa supaya tahu untuk mengisi borang keperluan persekolahan anak-anak mereka memandangkan semua permohonan perlu dibuat secara atas talian.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang laman web MOE. Setelah petugas memastikan pengguna memahami cara untuk mengisi borang tersebut dan membawa dokumen berkaitan sebelum mengisi borang tersebut seperti buku vaksin dan surat beranak serta kad pengenalan anak mereka, pemohon juga dipastikan menghantar borang yang telah diisi rapi sebelum mencetaknya. Pengunjung juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Laman E-Prasekolah.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada Ibu bapa kerana kini boleh mempelajari cara untuk mengisi borang secara atas talian dengan mudah.

Ibu bapa juga didedahkan dengan kepentingan penggunaan komputer dan internet di dalam kehidupan seharian mereka selain menjadikan ibu bapa yang celik IT dan mahir di dalam bidang IT.

 Klik Gambar Di Sini

iv) BENGKEL E-KERAJAAN (KWSP ONLINE-CETAKAN PENYATA)

Tarikh         : 09 Mac 2022

Masa          : 11.00 Pagi– 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para penjawat awam akan bagaimana untuk daftar masuk ke dalam sistem online KWSP dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang cara mengemas kini profil dan cara muat turun penyata KWSP

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang sistem online penyata KWSP .Setelah memberi penerangan ringkas tentang cara untuk memuat turun slip penyata, petugas akan memastikan pelajar dapat memuat turun slip penyata yang dikehendaki mengikut bulan.

  • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana setiap kelas yang diadakan untuk pelajar adalah berlainan maka mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT serta memudahkan pelajar memuat turun penyata tanpa perlu ke KIOSK KWSP.

Klik Gambar Di Sini

v) BENGKEL E-KERAJAAN (PERMOHONAN KERJA DI WEBSITE MPHS)

Tarikh         : 15 Mac 2022

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pengguna bagaimana untuk log in kedalam sistem MPHS sebagai pengguna luar. Oleh itu, petugas akan memberi penerangan ringkas tentang jawatan kosong yang terdapat di tawarkan oleh MPHS.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang laman web MPHS serta penerangan ringkas tentang cara untuk log in di laman web MPHS.Setelah itu, petugas mengajar pengguna untuk memuat naik butir yang dierlukan seperti resume, cover letter dan sebagainya.Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu resume editing.

  • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan peluang pekerjaan kepada pengguna yang ingin mencari pekerjaan baru dan ia dapat memudahkan mereka untuk melihat dan memaparkan pelbagai kekosongan jawatan di dalam web tersebut.

Klik Gambar Di Sini