mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – MAC 2023

i) BENGKEL PEMBELAJARAN (KEMASKINI MAKLUMAT PELAJAR)

Tarikh         : 7 Mac 2023

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar sekolah untuk mengisi maklumat pelajar sendiri di dalam laman web MOE. Petugas juga mengajar pelajar cara untuk mendaftar ke dalam sistem maklumat pelajar

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Sistem Pengurusan Sekolah. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang Sistem Pengurusan Sekolah, petugas akan memastikan pelajar sekolah tahu maklumat peribadi masing-masing untuk di isi ke dalam sistem. Petugas juga akan memastikan pelajar menyimpan semua data/maklumat tersebut setelah selesai mengisi borang.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar sekolah kerana dapat mendidik pelajar sekolah terutama pelajar sekolah rendah untuk mengisi sebarang maklumat secara online serta melatih mereka supaya arif akan cara untuk mengisi borang sendiri. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Klik Gambar Di Sini

ii) BENGKEL E- -LEARNING (KUIZ UMUM SEMPENA CUTI SEKOLAH)

Tarikh         : 8 Mac 2023

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 10 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan ringkas tentang penggunaan laman web Quizizz untuk medium kuiz supaya pelajar dapat memahirkan diri mereka dengan penggunaan Quizizz dan menggalakkan mereka untuk menjawab kuiz-kuiz yang terdapat di dalam web tersebut

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang Quizizz. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang Quizizz , petugas akan memastikan pelajar sekolah mengetahui asas penggunaan komputer seperti penggunaan tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Petugas juga akan memastikan pelajar boleh menaip di papan kekunci yang disediakan serta capaian internet laju untuk memudahkan mereka menjawab soalan kuiz

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen dan pelajar dapat mengisi masa lapang sempena cuti sekolah. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Klik Gambar Di Sini

iii) BENGKEL E- KERAJAAN (PANDUAN MENGISI MAKLUMAT DI WEB e-SILK)

Tarikh         : 14 Mac 2023

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna baru tentang laman web cara untuk log in ke dalam system. Petugas juga memberikan panduan kepada pengguna baru cara untuk mengisi data yang diperlukan ke dalam system secara tepat dan teliti serta penerangan mengenai dengan adanya system baru yang lebih efisyen yang memudahkan penyimpanan maklumat.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang laman web e-SILK (KEMAS). Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang laman web e-SILK (KEMAS), petugas akan memastikan pengguna mempunyai butiran untuk dimuat naik kedalam system tersebut serta mencetak apa-apa dokumen pengesahan setelah selesai melayari/mengisi maklumat ke dalam system tersebut.

  • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memudahkan pengguna untuk mengakses data yang telah disimpan ke dalam system. Selain itu, dengan system lebih efisien dan teratur serta mesra pengguna terutama kepada penjawat awam (KEMAS).

  • Klik Gambar Di Sini

iv) BENGKEL E- KERAJAAN (PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN E-PRASEKOLAH)

Tarikh         : 15 Mac 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna baru tentang laman web cara untuk log in ke dalam system. Petugas juga memberikan panduan kepada pengguna baru cara untuk mengisi data yang diperlukan ke dalam system secara tepat dan teliti.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang laman web e-prasekolah (MOE). Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang laman web e-prasekolah (MOE), petugas akan memastikan pengguna mempunyai butiran untuk dimuat naik kedalam system tersebut serta mencetak apa-apa dokumen pengesahan setelah selesai melayari/mengisi maklumat ke dalam system tersebut.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memberikan pendedahan kepada ibu dan bapa untuk lebih mengenali dengan system e-prasekolah serta dapat melahirkan golongan ibu dan bapa yang celik IT dan berkemahiran.

    • Klik Gambar Di Sini

 

v) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (UJIAN GENIUS PINTAR UKM)

Tarikh         : 18 Mac 2023

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan ringkas tentang penggunaan laman web tersebut untuk medium kuiz. Petugas juga memberikan galakkan kepada pelajar sekolah untuk mencuba perlbagai jenis ujian pintar yang dikendalikan oleh university-universiti di Malaysia.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang laman web Ujian Genius Pintas dari UKM. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang laman web Ujian Genius Pintas dari UKM, petugas akan memastikan pelajar tahu akan asas penggunaan computer seperti penggunaan tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Pelajar juga dipastikan boleh menaip di papan kekunci yang disediakan. Petugas juga mengajar mereka untuk mahir melayar di beberapa laman web yang menawarkan pelbagai latihan/ujian secara atas talian dengan percuma.

  • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen serta pelajar dapat mengisi masa lapang sempena cuti sekolah. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Klik Gambar Di Sini

vi) BENGKEL E-PEMBELAJARAN ( KAHOOT KUIZ )

Tarikh         : 20 Mac 2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan ringkas tentang penggunaan laman web tersebut untuk medium kuiz. Petugas juga memberikan galakkan kepada pelajar sekolah untuk mencuba perlbagai jenis kuiz yang terdapat di dalam kahoot secara percuma.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang laman web Kahoot Kuiz. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang laman web Kahoot Kuiz,  petugas akan memastikan pelajar tahu akan asas penggunaan computer seperti penggunaan tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Pelajar juga dipastikan boleh menaip di papan kekunci yang disediakan serta sudah mempunyai akaun untuk memudahkan mereka untuk log masuk ke dalam system.

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen serta pelajar dapat mengisi masa lapang sempena cuti sekolah. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Klik Gambar Di Sini