mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – MEI 2019

i) Kelas Facebook Page & MyShop (Golongan wanita)

Tarikh         : 2 Mei 2019

Masa          : 2.00 Petang– 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 6 orang 

TUJUAN

  • Tujuan kelas diadakan untuk mengajar para usahawan baru akan bagaimana untuk membina page Facebook dan cara untuk boostkan promosi mereka di dalam Facebook selain mmemberi pendedahan tentang keperluan penggunaan media sosial di dalam mempromosikan produk mereka. Usahawan juga boleh berkongsi pengalaman menjual produk-produk mereka dengan usahawan lain.
  • AKTIVITI
  • Aktiviti ini dimulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang “features” baru untuk page Facebook bagi memastikan setiap peserta memahami tentang topik pengajaran yang diajar. Peserta juga diberi tunjuk ajar secara individu sehingga peserta faham.Walaupon kelas yang diadakan adalah sekali sahaja namun peserta mendapat input yang lebih komprehensif kerana konsep pengajaran yang mudah difahami dan ini akan dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.
  • Selain melaksanaan aktiviti utama, iaitu penerangan ringkas tentang feature promosi boost dan lain-lain serta mempelajari bagaimana untuk memuat naik produk jualan mereka di laman Dashboard MyShop, peserta juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi KDB (e-waste).

 

Lihat Gambar Di Sini

 

ii)  Pembelajaran Asas Internet – Google Maps & Pinned Place & Snipping tool

Tarikh         : 4 Mei 2019

Masa          : 2.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 6 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah dengan mengajar pelajar sekolah cara bagaimana untuk menggunakan platform seperti Google Maps yang dapat mencari lokasi untuk melengkapkan kerja khusus sekolah. Pelajar juga dididik dan diberikan pendedahan untuk menggunakn Google Maps dengan betul dengan cara menggunakan kaedah snipping tool untuk “capture” lokasi tertentu serta cara mencetak peta.

AKTIVITI

Dengan adanya latihan atas talian (Google Maps) serta menggunakan Snipping Tool & Print, para peserta dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang asas internet terutamanya Google Maps yang mana kerap diguna pakai oleh pelajar sekolah bagi menyiapkan tugasan sekolah yang diminta. Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan aktiviti ini kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan yang dapat melahirkan pelajar celik IT. Pelajar juga dapat pengetahuan ilmu yang sedikit sebanyak memudahkan tugasan sekolah mereka.

Setelah diberikan penerangan tentang topik yang berkaitan secara lengkap serta memastikan pelajar mendapat penerangan yang betul mengenai cara menggunakan Google Maps ini, pelajar merasa yakin untuk menyertai aktiviti ini untuk mencuba “pin” dan cari lokasi kegemaran mereka di Maps. Setelah itu, pelajar diberikan aktiviti sokongan iaitu cara-cara mencetak Maps.

 Lihat Gambar Di Sini

 

 iii) Pendaftaran UPU (Lepasan Sekolah Menengah)

Tarikh         : 6 Mei 2019

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 4 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM akan peluang kemasukan ke IPT dan sedikit tunjuk ajar tentang web UPU  yang telah dibuka kepada pelajar.

AKTIVITI

Petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log in ke dalam system UPU serta rakan yang hadir juga turut berbincang tentang IPT yang bagus untuk dipilih. Setelah berbincang, pelajar mencari bahan maklumat mengenai IPT yang ingin dipilih dan pelajar yang sudah ada No PIN boleh log in dan mula mengisi borang tersebut. 

Dengan adanya Pusat Internet, pelajar lepasan SPM senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif yang memudahkan perbincangan sesama rakan-rakan serta dapat berkongsi maklumat di dantara satu sama lain akan IPT awam mana yang sesuai dengan minat dan keputusan mereka yang dapat melahirkan pelajar yang celik IT.

 Lihat Gambar Di Sini

 iv) Pembukaan  Kaunter Syabas

Tarikh         : 14 Mei 2019

Masa          : 11.00 Pagi – 2.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : Seramai 16 pengguna serta 2 kakitangan SYABAS telah datang pada hari tersebut.

TUJUAN

SYABAS membuka kaunter di Pusat Internet adalah untuk memudahkan penduduk kampung yang mengalami masalah bil atau tidak mendapat bil secara bulanan serta memudahkan penduduk untuk bertanyakan tentang apa-apa masalah berkaitan air tanpa perlu pergi ke pejabar SYABAS di Kuala Kubu Bharu

AKTIVITI

Dengan adanya kaunter bergerak SYABAS ini, penduduk yang mengalami masalah bil boleh merujuk ke kaunter bergerak SYABAS tanpa perlu ke pejabat yang berhampiran Cuma penduduk tidak boleh membayar bil mereka secara terus di kaunter bergerak. Antara pelaksanaan aktiviti utama adalah pembukaan kaunter SYABAS, para pengunjung yang hadir boleh terus ke kaunter yang dibuka bagi membolehkan pemprosesan pengeluaran bil serta cenderahati kepada penduduk yang sudi hadir ke PI untuk mendapatkan bil dari SYABAS. Pengunjung juga diberi penerangan mengenai aplikasi baru SYABAS untuk dimuat turun.

Lihat Gambar Di Sini