mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – MEI 2022

i) BENGKEL PEMBELAJARAN ( PERKONGSIAN DATA/DOKUMEN DI GOOGLE DRIVE)

Tarikh         : 09 Mei 2022

Masa          : 10.00 Pagi – 11.30 Pagi

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta akan bagaimana untuk menggunakan google drive untuk perkongsian dokumen excel ke emel-emel yang ingin dikongsi.

AKTIVITI

      • Aktiviti utama di mulakan dengan peserta menggunakan aplikasi Google Drive untuk perkongsian data/dokumen kepada pengguna yang lain. Selain itu, petugas juga memastikan peserta mempunyai akaun gmail untuk akses kepada google drive serta peserta memahami cara bagaimana untuk muat naik dokumen sedia ada ke dalam google drive doc tersebut.

    Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana  peserta yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Peserta juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Klik Gambar Di Sini

ii) BENGKEL E-KERAJAAN ( PENGISIAN CUKAI PENDAPATAN LHDN & EMEL)

Tarikh         : 10 Mei 2022

Masa          : 3.00 Petang – 4.30 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para penjawat awam akan bagaimana untuk daftar masuk ke dalam sistem e fiing LHDN. Selain itu, petugas juga memberikan penerangan ringkas tentang cara mengemas kini jumlah cukai pendapatan di dalam sistem e-filing tersebut.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang sistem e-filing LHDN dan cara untuk log in sistem. Setelah memberikan penerangan ringkas tentang system LHDN e-filing, petugas akan memastikan pengguna dapat memasukkan data-data yang diperlukan serta pengguna menandatangan sebelum menghantar borang yang telah siap diisi. Petugas juga mengajar pengguna untuk mengemas kini maklumat di dalam sistem secara mudah. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu cara menukar password gmail.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana setiap kelas yang diadakan untuk pengguna adalah berlainan maka pengguna mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT. Pengguna juga dapat membuat kemas kini dengan di laman profil masing-masing.

Klik Gambar Di Sini

iii) BENGKEL PEMBELAJARAN ( MICROSOFT OFFICE EXCEL – FORMAT KEWANGAN)

Tarikh         : 11 Mei 2022

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna akan bagaimana untuk menggunakan formula untuk mengira data di dalam excel secara auto.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Excel. Setelah pengguna menyiapkan kerja tugasan mereka dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Excel, petugas akan memastikan pengguna mempunyai senarai maklumat yang ingin ditaip kedalam data  excel tersebut serta pengguna memahami cara bagaimana untuk menggunakan formula seperti autosum dan lain-lain. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Pengguna dapat mengetahui beberapa jenis formula/shortcut yang ada di dalam excel.

Klik Gambar Di Sini

iv) BENGKEL E- KERAJAAN (PANDUAN PEPERIKSAAN SPA ONLINE)

Tarikh         : 12 Mei 2022

Masa          : 3.00 Petang – 4.30 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pengguna untuk melayari laman web yang diingini dengan mendedahkan pengguna terutama yang ingin menduduki peperiksaan SPA online menggunakan perkhidmatan di PEDi.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan pengguna melayari laman wen yang diingini iaitu SPA online. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mempunyai segala maklumat yang diingini jika melayari laman web tertentu.Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen. Pengguna juga dapat melayari internet dengan mudah disamping menggunakan kemudahan yang lain seperti untuk menjawab soalan secara atas talian.

Klik Gambar Di Sini

v) BENGKEL PEMBELAJARAN ( GOOGLE DRIVE EXCEL/FORM & DATA SHARING)

Tarikh         : 13 Mei 2022

Masa          : 11.00 Tengahari – 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna akan bagaimana untuk menggunakan google drive excel untuk mengisi template tugasan yang diberikan dan juga digunakan untuk perkongsian dokumen excel ke emel-emel yang ingin dikongsi. Selain itu, petugas juga mengajar pengguna untuk mengisi google form yang disediakan.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan pengguna melayari Google Drive Excel / Form bagi menggunakan aplikasi Google Drive untuk perkongsian data/dokumen kepada pengguna yang lain. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mempunyai akaun gmail untuk akses kepada google drive serta pengguna memahami cara bagaimana untuk copy paste maklumat ke dalam dokumen tersebut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana pengguna yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Klik Gambar Di Sini

vi) BENGKEL PEMBELAJARAN ( CARA MENGGUNAKAN GOOGLE MEET UNTUK TEMUDUGA)

Tarikh         : 17 Mei 2022

Masa          : 10.00 Pagi – 11.30 Pagi

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna menggunakan platform Online Google Meet untuk tujuan temuduga bekerja.Selain itu, ia juga memberi peluang kepada pelajar lepasan sekolah.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang google meeting. Setelah memberikan penerangan ringkas tentang cara untuk login ke akaun google, petugas juga akan memastikan pengguna menepati masa yang ditetapkan untuk temuduga. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu penggunaan akaun gmail.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana setiap kelas yang diadakan untuk pengguna adalah berlainan maka pengguna mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta ia juga sebagai norma baharu sejak pandemic Covid-19 bermula.

Klik Gambar Di Sini

vii) BENGKEL PEMBELAJARAN ( TRANSFER GAMBAR DAN UPLOAD KE WEB WHATSAPP)

Tarikh         : 18 Mei 2022

Masa          : 10.00 Pagi – 11.30 Pagi

Lokasi        : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna bagaimana untuk menggunakan Web Whatsapp dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang cara untuk log in dan scan QR code ke dalam web jika ingin menyambungkan whatsapp dari HP ke PC. Selain itu, petugas juga memberi panduan bagaimana untuk muat naik gambar dari storage telefon ke PC.

AKTIVITI

  • Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang cara untuk log in web whatsapp di PC.Setelah itu, petugas memastikan pengguna tahu cara untuk memuat turun dan naik dokumen/media dari whatsapp web serta memastikan pelajar log keluar web sebelum menutup PC.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana setiap kelas yang diadakan untuk pengguna adalah berlainan maka pengguna mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.

Klik Gambar Di Sini