i) Kelas Bersama KEMAS Hulu Selangor Pembinaan Rancangan Tahunan Bagi Tahun 2019
Tarikh : 5 November 2018
Masa : 9.00 Pagi – 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 18 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para guru KEMAS akan bagaimana untuk membuat rancangan dan mengubah rancangan sedia ada di Microsoft Office Word dan Excel.
AKTIVITI
Antara aktiviti – aktiviti yang diadakan adalah merangka rancangan di Microsoft Office Word bagi guru yang yang tidak pernah membuat rancangan tersebut serta membuat sedikit olahan dari rancangan tahunan yang lama. Oleh kerana kebanyakkan Guru KEMAS adalah terdiri dari golongan dewasa dan warga emas, maka tahap penggunaan komputer bagi mereka adalah terhad maka petugas berusaha untuk membantu dan mengajar beberapa kakitangan yang kurang mahir disamping bantuan dari tenaga pengajar KEMAS.
ii) Pembukaan Kaunter Syabas
Tarikh : 15 November 2018
Masa : 11.00 Pagi – 2.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : Seramai 10 pengguna serta 3 kakitangan SYABAS telah datang pada hari tersebut.
TUJUAN
SYABAS membuka kaunter di Pusat Internet adalah untuk memudahkan penduduk kampung yang mengalami masalah bil atau tidak mendapat bil secara bulanan.
AKTIVITI
Dengan adanya kaunter bergerak SYABAS ini, penduduk yang mengalami masalah bil boleh merujuk ke kaunter bergerak SYABAS tanpa perlu ke pejabat yang berhampiran Cuma penduduk tidak boleh membayar bil mereka secara terus di kaunter bergerak. Antara pelaksanaan aktiviti utama adalah pembukaan kaunter SYABAS, para pengunjung yang hadir boleh terus ke kaunter yang dibuka bagi membolehkan pemprosesan pengeluaran bil serta cenderahati kepada penduduk yang sudi hadir ke PI untuk mendapatkan bil dari SYABAS
iii) Kelas Membuat Logo dan Sticker Pelajar Sekolah
Tarikh : 16 November 2018
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 7 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar kanak-kanak untuk mengguanakan kaedah yang sedia ada untuk mencipta logo mahupun sticker yang digemari mereka.
AKTIVITI
Antara aktiviti – aktiviti yang diadakan adalah mencari contoh logo di internet serta mengambil inspirasi kartun dan animasi logo dan diletakkan ke dalam logo dan sticker masing-masing. Antara kebaikan dan kelebihan aktiviti ini adalah selain menggunakan aplikasi atas talian, kanak-kanak boleh mengguanakn aplikasi sedia ada seperti Microsoft Office Publisher untuk mereka bentuk pelbagai logo secara kreatif dan mudah dan juga menambahkan aktiviti bulanan PI disamping menarik minat pelajar sekolah untuk menghadiri kelas yang dianjurkan di PI. Pihak PI memberi cenderahati berbentuk t-shirt dashboard yang lama kepada peserta.
iv) Mesyuarat Khairat Kematian Kg Sg.Masin & Mukim Batang Kali
Tarikh : 25 November 2018
Masa : 2.30 Petang – 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : Seramai 12 orang telah hadir ke mesyuarat ini.
TUJUAN
Wakil – Wakil dari taman perumahan termasuk dari Taman Seri, Bandar Baru, Kg Sg.Masin, Taman Desa Jaya, Tmn Genting Permai, Kg Kuantan, Kg Hulu Rening dan Desa Alam Ria berkumpul bermesyuarat bagi membincangkan tentang hal tabung khairat kematian yang bakal diagihkan kepada keluarga si mati.
AKTIVITI
Dengan adanya Pusat Internet, para wakil mesyuarat khairat kematian dapat berkumpul dan membincangkan hal-hal yang terkini melibatkan isu-isu kampung masing masing serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah-masalah tersebut.